Ramadhan 2 : Solat Orang Munafik

Membaca status facebook seorang sahabat.

Rasa takut pada diri, “adakah aku juga begitu?”

Rakan saya mengingatkan mengenai ciri orang munafik menerusi ayat 142-145, Surah An-Nisa’.

إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً۬ (١٤٢

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).


مُّذَبۡذَبِينَ بَيۡنَ ذَٲلِكَ لَآ إِلَىٰ هَـٰٓؤُلَآءِ وَلَآ إِلَىٰ هَـٰٓؤُلَآءِ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ ۥ سَبِيلاً۬ (١٤٣
Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman) dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

Ketika solat terawikh, terkadang rasa berat mata dan lemah badan disebabkan mengantuk. Selesai dua rakaat, kemudian untuk sambung dua rakaat berikutnya agak lambat. Berharap sangat dijauhkan dari golongan “...apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas.”

Allah menyebut mengenai karakteristik orang munafik ini salah satunya adalah ketika bersolat. Maksud وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلَوةِ قَامُواْ كُسَالَى (Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas), golongan munafik ini mereka berdiri bersolat dengan kemalasan disebabkan niat sebenar menunaikan solat bukanlah kerana mereka percaya akan solat atau memahaminya. Ianya hanya kerana ingin dilihat orang.

Dalam suatu hadith shahih, solat yang paling berat bagi orang munafik ini adalah solat isya’ dan solat subuh.

Semoga kita dilindungi dari sifat-sifat orang munafik.


-----
[1] Rujuk : Al-Quran dan Tafsir Ibnu Kathir

Ulasan

ibnyusoff berkata…
camne pulak kalau awal2(means b4 pergi masjid) rasa malas, then ble da sampai dan mula solat, hati rasa bahagia dan hilang segala kemalasan dan rasa ngantuk? adakah sifat itu (malas pada awalnya) termasuk golongan solat orang2 munafiq?

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Lagok bodo tapi bersengat

Mereka yang dari pintu ke pintu