Ini Lagha

Ini agak lagha.

Cuma, andalah mufti bagi diri anda, mintalah fatwa dari hati.

Saya pernah menjadi anti-nasyid moden dahulu. Yang ada dalam Mp3 (ketika zaman sekolah), banyak lagu-lagu nasyid klasik. Teringat pula, dahulu ada rakan berbangsa Cina sering meminjam Mp3 saya. Jadi secara tak sengaja, dia kenalah dengar lagu-lagu nasyid juga. Cuma memang dia ada memasukkan lagu lain. Takkanlah nak dengar lagu yang tak difahami pulakkan.

Baiklah.

Cuma gatal tangan nak post lagu yang sering diulang dan satu-satunya lagu yang terdapat dalam ruangan favorite di channel Youtube saya.

Ianya jiwang!

Dengar banyak kali bermaksud lalai. Jadi, simpan untuk 'suatu hari nanti.'

Saya meminati beberapa suara dan alunan penyanyi. Antaranya, Yasin Sulaiman, Jamal Abdillah dan M. Nasir. Jadi, yang dikongsikan adalah lagu nyanyian Yasin Sulaiman, bekas kumpulan nasyid 'Abang-abang' (Brothers).

Tajuk lagu? Bak Sutera Dihelai Mawar.

Maksud lagu? Entahlah.

Pesanan? Sila banyakkan dengar aluanan ayat suci al-Quran berbanding lagu-lagu seperti ini. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum