Wavelength Diri

Screen capture facebook-ku.


Sering benar saya ingatkan diri;

"Kalau nak tulis apa-apa, tulis kat blog! Jangan tulis kat facebook!"

Tapi, apakan daya, tangan lebih cepat daripada otak.

Saya membatalkan niat untuk deactivate facebook, gara-gara banyak info yang saya ketinggalan jika berbuat demikian. Dari pertukaran jadual kelas, hal semasa dan termasuklah untuk melihat perkembangan anak buah, Dinie Nur Aleesya. :)

Kekurangan ketika menulis status di facebook adalah wavelength antara rakan-rakan yang berbeza. Ada rakan-rakan yang boleh menerima apa yang saya katakan, tetapi, banyak juga yang tidak boleh menerimanya.

Setiap kita punyai minat yang berbeza, pendekatan yang berbeza dan penerimaan yang berbeza.

Sebagai contoh, menulis status mengenai HUDUD di facebook. Apa penerimaan rakan-rakan facebook apabila membacanya?

Boleh jadi, ada yang beranggapan; "Haih, tak habis-habis budak pembangkang ni.."

Atau, "Cerita dah lama, ulang-ulang lagi. Bosan betul!"

Atau, "Budak ni start balik la tu cerita pasal politik dia. Belajarlah perabih dulu, baru cerita politik."

Itu saya ambil dari sisi pandangan yang kontradik dengan apa yang saya cuba maksudkan. Kerana, apabila membicarakan mengenai Islam, aspek syariatullah dalam perlaksanaan hukum Hududullah pastinya wujud. Ianya Islam. Sama ada soal, sesuai atau tidak adalah soal kedua. Yang pertamanya adalah memahami apa yang terkandung dalam Hudud tersebut. Ini kerana, ramai antara kita yang berani mengeluarkan pandangan tanpa mengetahui dan memahami hal tersebut.

Faham bukan?

Namun, perbedaan ini tiada salahnya. Cuma, medium dan suasana perlulah sesuai. Dengan kalangan audiens (pembaca) yang pelbagai tahap, penyampaian tidak boleh menggunakan bahasa terlampau tinggi ataupun bahasa terlampau rendah.

Kerana itulah, saya beranggapan, biarlah banyak hal saya kongsikan sekadar di-blog ini. Jika tidak suka, tak perlu masuk. Jika suka, silakan. Berbanding di facebook, suka atau tidak, tulisan anda akan 'menjelma' di wall facebook rakan anda (melainkan anda di block).

Cuma, saya mahukan blog ini sebagai dakwah ammah (umum) antara saya dan pembaca. Jika saya meletakkan tahap yang tinggi, pembaca pastinya tidak mahu menjenguknya.

Sentiasa ingatkan diri, ber-blog untuk diri. Dakwah dan tarbiyah untuk diri.

Misi untuk menakluk dunia dengan kebaikan perlu diteruskan!

Insha Allah.

Ulasan

basimah berkata…
facebook anda, wall anda, hak anda.:)

beroptimis lah~
farid ramli berkata…
Saya punya hak, rakan saya punyai hak juga. Saling hormat menghormati. Kita penyeru (du'at) tapi dengan hikmah.

Insha Allah.

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum