Tegurlah Wahai Sahabat

Gambar Hiasan


Aku pernah berada di 'atas'.

Aku diangkat, tapi bukan bermaksud tinggi. Aku cuma menanggung beban. Beban amanah yang mampu mencampakkan aku ke neraka jika tersalah mengurusnya. 

Hidup ini; antara dosa dan pahala.

Ketika itu, yang paling aku harapkan adalah teguran dari sahabat.

Kita bukan malaikat, tiada dosa. Mampu melakukan amanah Allah sebaiknya. Tiada nafsu mengganggu. 

Alhamdulillah, ada dua orang sahabat yang sudi menegur aku. Tapi, suara rakan-rakan tarbiyyah hilang dan sunyi. Apakah benar mengenal dakwah? Maksud mudah dakwah; amar makruf, nahi munkar. Iaitu, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran. Simple!

Kini, giliran sahabat yang lain di 'atas'. Moga apa yang aku impikan dahulu, aku pula yang 'bertugas' untuk melakukannya.

Suatu kesilapan aku dahulu; sebuah festival untuk Malaysia. Pelajar di Jakarta pasti sedia maklum. Sehingga kini, yang aku dengar hanya pujian. Sedangkan, menusuk hati aku hanyalah, "adakah aku mewariskan sebuah dosa dan fitnah?". Ketika ianya berlangsung dahulu, aku mengambil sikap berlepas tangan. Yakni dengan tidak menghiraukan bab persembahan. Aku hanya sekadar mampu menundukkan wajah dan keluar awal tanpa melayan karenah karaoke tetamu VIP.

Maafkan aku.

Buat sahabat-sahabat, faham apa yang aku maksudkan?

Tegurlah wahai sahabat!


--------------
[1] Sengaja menggunakan kata ganti diri pertama- aku. Ianya monolog dalam. Sebuah tulisan untuk 'aku'. Juga buat 'engkau'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum