Bersyukurlah Wahai Diri

Gambar Hiasan
Sedang mengingatkan diri, mengenai apa yang pernah disebutkan.

Saya pernah menyebut, syukur itu lebih 'tinggi' daripada pada sabar. Maksud mudah, ianya lebih sukar untuk di amalkan.

Sebagai contoh, kita terkena musibah (nauzubillah min zalik), terjatuh dan lutut berdarah. Datang rakan kita membantu, sambil menyebut, "Sabarlah, sikit je tu..". Kita mudah je nak terima. Kerana itu kalimat lazim yang sering diucapkan. 

Bagaimana pula jika rakan kita datang, sambil menolong, dia menyebut "Bersyukurlah, sikit je tu". 

Terpinga-pinga kita, "..kenapalah mamat ni suruh aku bersyukur pula? Sakit kot terjatuh ni!"

Silap-silap, kita marah pula pada rakan tadi kerana terasa seolah-olah diperli.

Sedangkan musibah yang menimpa itu, adalah peringatan Allah kepada kita. Sebagai contoh, apabila ditimpa penyakit seperti demam, ia hanyalah kifarah penghapus dosa. Keranan itulah, bukan hanya bersabar, kita perlu bersyukur atas keringanan untuk menghapuskan dosa yang telah diberikan.

Saya menulis dan bercakap pastinya mudah. 

Tapi berharap bukanlah sekadar meniti dibibir sahaja. Saya perlu lakukan.

Dan, baru sahaja 'failed' tadi. :)

Astaghfirullah.

Orang kurang senang dengan kita, orang istilahkan kita dengan arrogant, ianya ujian bukan kita.

Justeru?

Sabarlah dan bersyukurlah.


"Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum