#1

Tahun masihi sudahpun berganti ke 2011. Saya 'berjaya' membiarkan blog ini kosong tanpa update untuk lebih sebulan. Nak katakan terlampau sibuk, bulan disember lepas saya libur natal dan tahun baru untuk lebih dari dua minggu.

Baiklah, sebenarnya perlu menyiapkan teks ucapan bagi Mesyuarat Ahli PKPMI-CJ esok hari. Saja mencuri ruang.

Saya ringkaskan apa yang terdapat dalam minda, supaya tak terlewat lagi, ideapun dingin membeku.

1. Terlupa akan tugas dakwah.
Atas kekurangan diri ini, banyak yang saya tinggalkan di Tanjung Duren ni. Majlis-majlis ilmu dah jarang diadakan. Astaghfirullah. Minta maaf buat sahabat-sahabat semua. Saya sangat mengharapkan ikhwan dapat mengaturkan sendiri majlis ilmu. Akhwat pula, sentiasa teruskan usaha tarbiyyah, bukan sekadar diruang lingkup usrah. Buat adik-adik 2009 dan 2010, bantu dan wujudkan kembali Biro Agama UMSA atau Halaqah Jakarta.

2. Teringat kata-kata pesanan, "cuti adalah waktu untuk kami BEKERJA". Apa yang dimaksudkan dengan bekerja? Kerjalah untuk tarbiyyah diri sendiri dan lingkungan kita.

bersambung..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum