Bertemu Cinta di Jatinangor

Berlatar belakang Jembatan Cincin, dan berhadapan Tanah Perkuburan.

Sabtu lepas, saya ke Jatinangor. Jatinangor merupakan sebuah daerah yang menempatkan Universitas Padjajaran (UNPAD), iaitu antara universiti yang mempunyai bilangan pelajar Malaysia paling ramai. Di UNPAD kampus Jatinangor ini, terdapat kurang lebih 700 pelajar Malaysia. Selebihnya, 300 orang lagi di Rumah Sakit di kota Bandung.

Kenapa saya ke sana? Untuk bertemu _ _ _ _ _ _ :D

Cuma nak berkongsi, cara untuk ke sana dari Jakarta. Saya sudah beberapa kali ke kota Bandung, tapi ini merupakan kali pertama saya ke Jatinangor.

Dari Jakarta, ada banyak pengangkutan boleh dipilih untuk ke Bandung. Antaranya:
1. Kereta api- Boleh naik di Stasiun Gambir dan akan turun di Stasiun Bandung, dekat dengan Pasar Baru. Harga sekitar Rp 55k/orang untuk kelas eksekutif.
2. Shuttle- Ianya merupakan van yang memuatkan 9 orang penumpang. Banyak syarikat yang menyediakan shuttle. Antaranya Cipaganti (boleh naik di Citraland) dan X-Trans (di Hero, Tomang). Harga sekitar Rp 70k/orang.
3. Sewa kereta- Ini cara paling mudah dan sesuai jika perjalanan berkumpulan (dalam 7 orang). Harga dalam Rp 500k/12 jam, bergantung negosiasi.

Dari Bandung pula,
1. Ambil Angkutan Kota (Angkot) menuju ke DU, lebih spesifiknya, ke pangkalan Damri. Di sana terdapat bas Damri untuk ke Jatinangor. Ini bagi yang menaiki Shuttle dan turun di Cihampelas.
2. Ambil Teksi, pergi ke pangkalan Damri. Di sana, sama seperti di atas, ambil bas Damri untuk ke Jatinangor.
3. Ambil Teksi, langsung ke Jatinangor. Harga sekitar Rp 110k jika tidak macet.

Sampai!

Menarik di Kampus UNPAD Jatinangor adalah kerana suasananya yang agak jauh dari bandar dan suhunya yang agak sejuk.

Ini beberapa gambar di sana. 

Jembatan Cincin. Ianya terletak di luar kampus. Katanya binaan Belanda.


Pandangan dari atas Jembatan Cincin. Sawah-sawah ini 'berjiran' dengan Universiti.
-------------------
[1] Gambar diambil tanpa izin dari pemiliknya. Minta maaf yer. :) 

[2] Hanya dapat ke sana sehari (pergi pagi, balik petang). Maaf bertemu sebentar saja. Insya Allah, ada masa bertemu lagi. 

[3] Best sangat di sana. Dapat merasai 'suasana kampus'! Selama ini belajar di UKRIDA, tak terasa suasana seperti di kampus. Tapi kelebihan disana, sangat sejuk jika pagi hari (mungkin juga kekurangan, liat nak bangun Subuh nanti.)

Ulasan

rangersputih berkata…
wah bertemu cinta tu

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Lagok bodo tapi bersengat

Mereka yang dari pintu ke pintu