Kalau padi katakan padi



Wahai pembuat sistem,
Wahai penanggungjawab sistem,
Wahai koordinator sistem,
Wahai pelaksana sistem,

Saya cuma nak cakap;

Kalau padi katakan padi,
Jangan saya tertampi-tampi;
Kalau jadi katakan jadi,
Jangan saya ternanti-nanti.

Kalau dedak kata dedak,
Jangan saya tertampi-tampi;
Kalau tidak kata tidak,
Jangan saya ternanti-nanti.

Kalau dapat ikut exit exam, katakan dapat,
Jangan mahu bertapi-tapi,
Kalau tidak kata tidak,
Jangan saya ternanti-nanti,
(Sekian, pantun tak jadi)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum