Koas dan DnT

*Tulisan ini dihasilkan pada bulan Ramadhan yang lepas*

Dunia koas dianggap medan latihan dalam kita berprofesi sebagai tenaga medis suatu hari nanti. Di sini kita akan dilatih bagaimana menterjemahkan apa yang terdapat dibuku dengan apa yang terdapat di alam realiti. Memang berbeda. Apa yang diteori tidak akan selalu terlihat pada pasien.

Ianya dunia baru untuk kita. Namun, disebalik harus belajar, kita juga menghadapi cabaran dari segi mental dan fizikal. Jika di stase yang santai, iya enak. Bisa belajar, ga capek. Tapi, jika kita dapat stase yang sibuk.. Bersiap sedialah untuk penat tetapi dalam masa yang sama harus belajar. Kadang-kadang dimarahin lagi setiap hari..

Cabaran kita adalah masa dan tenaga. Tenaga yang dihabiskan di rumah sakit dan masa yang kurang, akan sentiasa menghantui kita.

Ada sahabat pernah berkata, "..kerana itulah kita harus menyibukkan diri kita sebelum koas.." Ia umpama persediaan untuk kita menghadapi dua kesibukan; kerja/tugasan dan belajar.

Namun, apa yang saya lihat ramai rakan yang bukan beragama Islam boleh 'survive' dengan dunia koas. Bahkan, rakan yang sebelum ini tidak pernah aktif dalam organisasi boleh saja melalui dunia koas. Siap berjaya cemerlang lagi.

Jadi apa bedanya?

Namun, cabaran yang sukar ketika koas adalah- bagaimana kita dapat istiqamah dengan dakwah dan tarbiyyah? Seminggu tiga/empat kali jaga malam, jadi malam selebihnya umpama dendam yang perlu kita tebus kembali. Tilam yang empuk dikamar pasti menjadi idaman diselang hari tanpa jaga.

Mampukah kita menyediakan masa untuk mentarbiyyah mutarabbi dan juga ditarbiyyah oleh murabbi kita? Mampukah kita menyediakan bahan persediaan untuk disampaikan dalam liqo? Mampukah kita menjaga ibadah harian (tilawah, solat berjemaah, puasa, mathurat dll) kita?

Mampukah?

Persoalan ini tidak perlu dijawab dengan kata-kata. Yang menjadi jawapannya, lihat saja bagaimana amalan harian kita hari ini dan apakah kita masih ringan badan untuk mengikuti dakwah dan tarbiyyah?

Justeru, dibalik garis besar koas sebagai medan latihan kita dalam dunia kedokteran, ada hal yang lebih utama; adakah kita mampu beristiqamah dengan dakwah dan tarbiyyah di alam koas, sebelum menempuh dunia HO nanti?

Ahmad Farid Asyraf Bin Ramli
RS Simpangan, Depok
05 Ogos 2013

Nota:
1. Catatan ini ana buat ditujukan untuk diri sendiri. Tapi tetibe rasa nak share.
2. Salam 29 Ramadhan!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lagu : Zikraa

[Kemaskini] Kolej Matrikulasi KPM

Mereka yang dari pintu ke pintu