Catatan

MENYOKONG ADA MAKNA

Imej
Pada 12 Oktober 2017, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengeluarkan artikel melalui The Edge Malaysia Weekly bertajuk, "Bolehkah rokok pek kecil menghalang penyeludupan haram?" Di dalam artikel tersebut dinyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mencadangkan kembali rokok dalam bungkusan kecil, yang juga dikenali dengan "Kiddie pack". Cadangan tersebut mencetuskan kritikan apabila KKM dilihat menyebelahi syarikat pengeluar tembakau. IDEAS dalam masa yang sama, mengatakan istilah "Kiddie Pack" merupakan propaganda yang dicipta oleh kumpulan anti-tembakau. Istilah ini memainkan emosi dan konotasi negatif agar orang ramai melihat "Kiddie Pack" merupakan rokok untuk kanak-kanak. Bagi IDEAS, mereka melihat Kiddie Pack ini baik dengan alasan: 1. Rokok walau berapapun jumlah batang, tetap menjadi kesalahan undang-undang jika ianya dijual kepada kanak-kanak. 2. Kiddie Pack baik dalam mengawal ketagihan merokok....

Rela yang ditinggal

Imej
Tempoh hari sempat mengikuti taklimat Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya ke Bangladesh. Malangnya, bukan sekadar peserta. Hanya berkhidmat pada sukarelawan yang akan berangkat. Tetapi tiba-tiba persoalan muncul dihati ini; "Kenapa saya sudah tidak berminat untuk kerja sukarelawan?" Dahulu, kononnya aktif ber-persatuan. Bantu orang, kelola program, gunakan kemampuan yang ada, gadaikan masa dan tenaga. Semua yang dilakukan bagi membantu orang. Hingga satu tahap, saya lewat setahun menyelesaikan tempoh pengajian. Di panggil pihak penaja atas sebab ini, diberi surat amaran dan tinggallah rasa sepi apabila rakan-rakan sama angkatan pulang ke Malaysia terlebih dahulu. Ya, saya tidak menyesalpun. Saya suka apa yang saya lakukan.  Bantu orang. Tetapi selepas menyelesaikan pengajian, mendapat segulung ijazah, memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan; namun, mana bakti sukarela ditinggalkan?  Teringat kata-kata abang dan pakcik usrah dahulu, tempoh transis...

Kalau aku bukan doktor, fahamkah aku?

"Doktor,  memang tak ada buat apa-apa ke untuk mak saya? Memang observe sahaja ke?" Soalan yang sering ditanya oleh keluarga pesakit. Saya diberi peluang untuk bertugas di ICU selama lebih kurang 6 bulan. Majoriti pesakit ICU adalah pesakit yang sangat kritikal. Apabila ditanyakan soalan di atas, rasa kurang selesa.  Seakan nak marah sahaja. Iyalah, pesakit diberi bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan ventilator, setting untuk mengawal pernafasan sentiasa kami kawal melalui ujian darah.  Di sekelilingnya pula terdapat pelbagai jarum dan ubat diberikan kepada pesakit,  termasuklah ubat inotrope yang membantu mengawal tekanan darah, tanpa ubat tersebut tekanan darah akan rendah, aliran darah keseluruh tubuh berkurang, oksigen dan nutrisi yang berkurang akan menyebabkan kegagalan fungsi organ-organ penting dan hasil akhirnya, jantung berhenti dan kematian. Di atas pesakit terdapat monitor yang menampilkan bacaan vitals sign yang dicatat dan dikawal setiap jam....

Patah tulang bukan hati

Di katil 12 terdapat seorang pesakit. Usianya telahpun melangkau separuh abad. Beliau dimasukkan ke wad akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang peha beliau patah. Patah pada tulang peha beliau kami namakan " closed fracture intertrochanteric of right femur" . Bahasa apabila di terjemahkan secara langsung, kepatahan tertutup tulang femur (peha) bahagian intertrochanteric. Macam pelik pula bila diterjemahkan. Maaflah, tak jumpa ayat yang sesuai. Apabila terdapat pesakit dengan patah tulang, ia dapat dikategorikan sama ada patah tertutup ataupun terbuka. Patah terbuka bermakna terdapat bahagian kulit yang terluka dan berhubungan dengan bahagian tulang yang patah tersebut. Bagi patah tertutup, hanya tulang sahaja yang patah tetapi kulit tidak mengalami luka yang dapat menghubungkan bahagian tulang patah tersebut dengan kulit yang luka. Kenapa kami bezakan tertutup dan terbuka? Antara sebabnya kerana kedua-duanya memerlukan penanganan dan rawat...

Jujur

Usai kerja, singgah sebentar ke restoran di Pilah Perdana untuk menjamu selera. Sedang menjamah makanan yang baru tiba, datang seorang lelaki. Badannya sedikit gempal, rambut tidak terurus, muka sedikit kusut, berusia mungkin awal 30-an. Tersengih.  "Bang, boleh minta duit tak?" Beliau menyapa aku. Aku terpinga-pinga. Siapalah pula orang ini. "Nak buat apa?" tanya aku. "Nak pergi Seven sana tu, bang. Nak pergi karaoke,"katanya sambil menunjuk Pusat Karaoke yang berada di simpang jalan, tidak jauh daripada tempat aku makan. Lagilah pelik. Jujur benar orang ni. "Err, kalau nak duit untuk makan, bolehlah saya bagi.." jelas aku. Dia hanya tersenyum dan beredar ke meja sebelah. Mungkin beliau mempunyai masalah mental. Namun aku belajar satu hal daripada abang ini. Jangan sesekali menipu.  Jujurlah. Salam ramadhan.

Cuti yang panjang

"Kali ni kita tak pergi MPH pun kan?" kata puan isteri sambil tersenyum nakal. Tanpa sedar,  ianya umpama idea untuk kami tetap mengunjungi kedai buku tersebut. Sengaja puan isteri menyebutnya kerana hampir tidak pernah kami ke Alamanda tanpa masuk ke kedai buku MPH. Bukan membeli sangatpun. Hanya sekadar mahu tahu buku-buku terkini. Dan, sambil-sambil membelek buku, pasti puan isteri bertanya kenapa saya sudah lama tidak menulis. Ada juga orang mahu saya terus menulis. Isteri sendiri jadi peminat, tak apalah. Saya tidak menulis kerana saya tidak membaca. Agak lama saya tidak membaca tulisan-tulisan yang panjang.  Sama ada artikel,  buku, novel mahupun buku perubatan. Dan seperti biasa, "masa"  juga yang akan dipersalahkan. Bukanlah sebenarnya tiada masa. Tetapi malas menulis. Untuk menulis, perlu membaca. Untuk membaca perlu komitmen. Sedangkan status facebook yang panjang sikitpun saya skip , inikan pula tulisan-tulisan lain.  Pakcik Rajoo yang menjual...

Ditegur

Solat di sebuah surau di kawasan kampung di Kuala Pilah. Selepas angkat takbir, seorang remaja menepuk tangan saya, menegur, "bang.. bang.." Selesai solat, remaja tersebut datang. "Bang, tadi solat macam ni kan?" Beliau menunjukkan cara saya berdekap, meletakkan tangan di dada. "Tak boleh macam tu, kena macam ni," sambil menunjukkan cara berdekap dengan tangan di bawah dada. Terkaget sekejap. Penting sangat ke, sampai perlu tegur ketika solat, dengan melintas orang yang sedang solat di sebelah saya? Adeh. Bersangka baik yang mampu saya lakukan, "..mungkin itu yang di ajar guru di sekolahnya." atau "..mungkin budak ni kurang IQ."

Tidak tahu dan menyedari diri tidak tahu

Terdapat perbedaan yang jelas antara tidak tahu dan menyedari dirinya tidak tahu. Contohnya, seorang pelajar perubatan, bijak tentang ilmu perubatan, namun jahil mengenai ilmu agama. Beliau menyebut, "... aku bukan tahu sangat ilmu agama. Tapi tu kan benda baik. Allahkan suka benda baik. Takkan lah dia nak haramkan menyambut valentine. Yang haramkan ni pak lebai outdated dan ustaz ustazah facebook je.." Beliau tahu, ilmu agamanya sangat minima. Usah dikira sama ada beliau rajin atau tidak pengajian/kelas agama. Namun, tidak tahu sahaja tidak memadai. Beliau harus sedar, ketidak-tahuannya itu menyebabkan beliau harus berhati-hati membicarakan suatu yang bukan dalam ruang lingkup ilmu yang dimilikinya. Berbeda dengan menyedari diri tidak tahu. Apabila kita tanyakan berkaitan hal perubatan yang beliau belum pasti, jawapan yang diberikan, "... urmm, aku pernah dengar pasal goodsall rule tu. Pasal fistula ani. Tapi aku lupa macam mana. Nanti aku check balik." Sedar ...

Fitnah pena

Imej
Sumber: Saifulislam.com Kenapa jahat sangat tangan? Cuba lihat facebook. Dahulu orang kata mulut yang jahat. Tetapi sekarang, mulut tidak berkata. Cuma tangan yang ligat menulis. Mudah kita menulis, apa sahaja yang ada dalam minda, terbit dari gambaran hati. Kita curahkan semua. Tanpa mengira; pada siapa kita tujukan, medium yang kita gunakan, siapa sahaja yang mampu baca, kesan dari penulisan kita, dan paling penting, di mana rasa bertuhan kita letakkan ketika itu? Tidak pernah kita lihat orang tua yang mudah melontar kata dusta dan nista. Mungkin ada, tetapi jarang. Itu di alam realiti. Namun, tika di alam maya? Gundah, resah hati melihatnya. Pak dokter, pak kiyai, dosen pengajar (pensyarah), guru, dan orang-orang yang dihormati masyarakat- bebas menulis ayat keji. Uzlahkan tangan kita. Tanya, mana tuhan kita letakkan ketika menulis. Neraca dosa-pahala mana yang tidak seimbang. Periksa lagi dan lagi. Kita bukanlah dizaman orang menghafal nombor telefon rumah....

Kalau padi katakan padi

Imej
Wahai pembuat sistem, Wahai penanggungjawab sistem, Wahai koordinator sistem, Wahai pelaksana sistem, Saya cuma nak cakap; Kalau padi katakan padi, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau jadi katakan jadi, Jangan saya ternanti-nanti. Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti. Kalau dapat ikut exit exam, katakan dapat, Jangan mahu bertapi-tapi, Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti, (Sekian, pantun tak jadi)

Kenapa mahu mencari imam?

Imej
Foto ihsan daripada Wikipedia . Sangat informatif untuk ketahui posisi dalam berjemaah. Tertanya-tanya pada diri, "..jika saya bernikah, bilakah waktu untuk berjemaah dengan keluarga?" Kerap kali ditemukan para muslimat menyebut mengenai mencari 'sang imam'. Bukanlah bermaksud harfiah; imam yang mengetuai solat berjemaah di masjid. Kalau imam yang itu, bila-bilapun boleh cari. Tetapi, yang mereka maksudkan suami ataupun pasangan hidup. Dahulu istilah ini hanya popular dikalangan wanita-wanita bertudung labuh. Sekarang, sudah 'komersial'. Semua mahu menggunakannya. Akan tetapi, bolehkah imam tersebut adalah suami yang mengimami solat untuk isteri dan keluarga setiap kali solat fardhu? Tempat solat fardhu bagi seorang lelaki, mahu ataupun tidak, adalah secara berjemaah di masjid. Bukanlah dengan puan isteri. Makanya, bagi muslimat yang berharap dapat solat fardhu lima waktu dengan suami, lupakanlah. Kecualilah jika bakal suami anda memang berjawatan...

Telah lama kau sibuk

Telah lama kau katakan kau sibuk, Solat kau kata ... yang ringkas-ringkas saja, ... rukhsoh katamu, ... Allah pasti tahu tentang dirimu, ... soal solat sunat, ... tunggu dahulu, ... bila ada masa, kau pasti bertamu, Wirid kau kata, ... yang penting-penting saja, ... kadang-kadang, wiridpun kau lupakan, ... nak kejar yang kubro, hanya harapan, ... entah bila, dirimu akan kesampaian, Benar kau sibuk? Berapa purnama lagi kau akan sibuk? Satu bulan? Dua bulan? Satu tahun? Kau kata kau sibuk, Bila lapang menjengah ... kau beralasan, ... itulah kesempatan, ... waktu rehat, dalam kesempitan, ... nanti ada waktumu untuk tuhan Waktu mana lagi? Kau belajar kau sibuk, Kau lapang kau kata mahu berehat, Kau kerja kau sibuk, Kau berkeluarga kau sibuk, Cuma tinggal, Kreatifnya alasan, ...kepada tuhan.

[Tambahan] Proaktifnya "liberal", reaktifnya Islamis

Imej
(Catatan tambahan terdapat diruang bawah posting ini) Sejak kebelakangan ini, banyak kita dapat lihat program dan kempen anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Non-Muslim . Bukanlah bermakna ia NGO keagamaan, tetapi majoriti penggerak dan aktivis di dalamnya terdiri daripada orang bukan Islam. Terbaru dan terhangat, kempen "I Want To Touch The Dog". Isu tersebut tidaklah perlu diulas, kerana telah muncul pelbagai lapisan pengulas di media sosial sedia ada. Daripada agamawan sampai ke mat rempit. Semua ada. Namun, garis besar yang saya dapatkan, "... terer juga mereka (NGO Non-Muslim ) buat program dan kempen eh?" Saya melihat, apa yang mereka lakukan punyai objektif tersendiri. Dan, cara yang mereka lakukan agak kreatif serta menarik minat orang ramai. Itu yang ada pada mereka. Biarpun pada kita tidak tepat, tetapi mereka tidaklah lakukan sambil lewa. Susunan daripada melihat permasalah semasa, mengatur tujuan, memilih target group , samp...

Lagu di blog ini

Imej
Blog ini terdapat lagu yang dimainkan secara automatik. Ada yang bertanya, apa tajuk lagu yang dimainkan. Ada yang sebal, boring, tak suka lawati blog berlagu (termasuk saya, sebenarnya). Jadi saya tunjukkan tempat lagu tersebut di umpet ( Bahasa Indonesia. Maksud: sorok/sembunyi ). Anda klik sahaja tempat yang dibulatkan warna hijau dibawah. Tekan stop . Selesai. Lagu melo banget. Nyanyian Brothers. Lagu jadul, tak ramai tahu.

Qurban 1435H

Jika di hitung-hitung, tahun ini merupakan tahun keenam saya ber-Aidil Adha di perantauan. Tahun pertama beraya di Masjid Nurul Hikmah. Waktu itu, terlibat sebagai panatia kurban. Tahun kedua hingga sekarang, beraya di Kedutaan sahaja. Ada kelebihan dan kekurangan antara beraya di Masjid Nurul Hikmah dan Kedutaan. Tetapi, kelebihan yang saya sukai ketika di Masjid Nurul Hikmah, kita dapat bersilaturahim dengan orang setempat. Mungkin itu inti utama yang susah didapatkan jika beraya di Kedutaan. Orang setempat sebenarnya sangat terbuka. Mereka memberi peluang untuk kami menolong melapah haiwan kurban. Bahkan, jika berani, mahu menyembelihpun diberi. Tahun ini Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Ahad. Mujur saya bercuti, jadi berkesempatan untuk ikut beraya. Ini ada sedikit video yang sempat di rakam. Tiba-tiba tangan ni ter-rajin pula menyunting video-video yang ada. Selamat Hari Raya Aidil Adha 1435 H. ------------------------- 1. Vimeo diblock di Indonesia. Saya tidak ...

Filem

Imej
Filem. Banyak idea bawah sadar yang mereka sampaikan. Menjadikan cara fikir dan nilai yang mereka fahami itu meresap dalam fikiran penonton. Filem bagi kita sepele. Bagi mereka, ada satu mesej yang ingin disampaikan. Plot hanya pakaian. Dan mereka bijak dalam menata pakaian yang cantik. Sekarang ini tidak aneh wujud sahabat/teman kita yang fikirannya sangat "terbuka". Idea kritis "kenapa perlu beragama" bukan lagi taboo. Malah mencabar dan mencaci konsep ketuhanan juga mudah. Paling malang, nilai-nilai dalam neraca kehidupan juga mulai senget. Aku mencari celah mana yang mereka lewati membuatkan "kita" seperti hari ini. Yang aku temui internet dan satu lagi, bernama filem. Membebel mengupas hikmah filem dan memandu pola fikir anak mungkin sangat perlu. Supaya kita tahu apa yang mereka mengerti, sebelum ianya sebati, membentuk pegangan jati diri.

S.o.a.t.p

Rindu pula dengan PERMAI. Bukan rindu mahu mengikutinya lagi. Tapi rindu kenangan sewaktu menguruskannya. Saya namakan program, kerana saya benar-benar menganggap ianya program. Walaupun ketika itu, saya menggerakkannya bagai sebuah organisasi. Saya benar-benar lupa mengenainya. Dulu mulut petah bicara, perkenalkan mengenai program ini. Hadir ke sana sini. Buat pertemuan. Minta dana. Telefon semua orang yang perlu. Tapi, sekarang ianya hilang. Sama seperti kenangan-kenangan sewaktu menguruskan PKPMI-CJ. Saya tutup buku. Setutup-tutupnya. Dan, seperti yang saya selalu ceritakan pada teman-teman, saya rasa "kekurangan" pada tanggungjawab yang dipikul. Atau lebih mudah, saya gagal. Campur baur, ingatan. Memang orang puji. Memang orang suka. Tapi orang juga mengeji. Ada yang tak suka. Yang pasti, ianya kenangan. Biar suka dan duka. Saya harus terima. Dan, harumnya kenangan itu akan terhidu suatu masa nanti. Sekarang saya merasakannya. Harum pada sendu, juga ta...

Krisis MB: Bukan Muslim Brotherhood

Imej
Hasil carian di Malaysiakini mengenai krisis MB Selangor Agak sukar untuk tangan ini tidak menulis mengenai apa yang terjadi di tanah seberang. Mata yang membaca dan telinga yang mendengar ini tidak boleh diam. Merasakan, "..aku perlu komen something ." Sudah lama menghindar diri daripada terlibat memberi komen ataupun pendapat mengenai situasi politik Malaysia. Saya minat politik hanya kerana sifat Muslim itu memang berpolitik. Politik yang dimaksudkan bukanlah dari perspektif sempit; Partisan. ---------------------- Saya mengikuti isu MB Selangor sedikit demi sedikit sejak sebelum 1 Syawal. Mulainya nampak menarik. Namun, hujung pangkal daripada isu ini- Kajang Move , tidaklah saya ikuti. Malas. Masih samar dan terlampau luas tafsirannya dengan takwilan serta sangkaan. Tiada siapa yang tahu pasti kenapa ianya berlaku. Cuma dua garis besar yang kita sering dapat; 1) Menyelamatkan karier politik DS Anwar Ibrahim, dan 2) Peralihan kuasa MB Selangor akibat pertikaian...

Fokus I

Ketika libur Maulid ar-Rasul kelmarin, terfikir untuk adakan bacaan hadith mengenai Nabi  صلى الله عليه و سلم.  Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana ianya harus diadakan. Cuma yang saya tahu, itulah majlis yang mudah dan ringkas. Tidak perlu ramai orang, promosi dan sebagainya. Jadi, saya ajak seorang sahabat. Dan, saya hanya fikir ianya tidak ubah seperti kelab bacaan ( reading club ). Sebabnya, nak tunggu saya baca sendiri, lambat nak habis satu buku. Bila ada teman, mungkin lebih mudah. Begitulah impiannya. Saya bercadang untuk adakan bacaan Kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam at-Tirmidzi. Pernah beberapa tahun lepas saya tulis di dalam blog, saya mahukan kitab ini. Tapi, masalahnya. Saya dan sahabat saya tiada kitab ini. Tanya pada sahabat yang lain, katanya ada di rumah di Malaysia. Hampa. Cari di Rumah Islam juga tiada. Biasanya kami kumpulkan koleksi buku-buku di rak ruang tamu. Mudah untuk berkongsi bahan bacaan pada yang lain. Hampa lagi. Akhirnya, han...

Know your limits

Imej
Sumber: Devian Art- Kab 3on Saya masih ingat komen seorang sahabat ketika awal-awal saya memulakan penulisan blog. Sahabat dalam jurusan agama di salah sebuah Perguruan Tinggi Negeri di Aceh. Komennya simple , tapi masih saya ingat hingga kini. Beliau meminta saya banyak menulis mengenai bidang perubatan. Ketika itu, saya banyak menulis perihal keagamaan. Mungkin orang kata Islamik. Tiba-tiba datang komen suruh saya tulis dalam bidang perubatan. Pertamanya, mungkin boleh dilihat beliau mahu mengetahui serba sedikit tentang bidang perubatan. Keduanya, mungkin kerana saya sebenarnya tidak layak menulis sesuatu yang bukan dalam bidang saya. Saat ini, banyak isu-isu perubatan atau kesihatan yang ditimbulkan masyarakat awam. Kebanyakannya hanyalah 'hoax'. Hanya sensasi, bukan fakta. Orang kita suka dengan hal-hal begini. Contohnya, bahaya panadol, golongan antivaksin, golongan pejuang home birth, maggi lebih baik daripada syabu, bidang perubatan menipu dalam bab minum...