Catatan

Cuti yang panjang

"Kali ni kita tak pergi MPH pun kan?" kata puan isteri sambil tersenyum nakal. Tanpa sedar,  ianya umpama idea untuk kami tetap mengunjungi kedai buku tersebut. Sengaja puan isteri menyebutnya kerana hampir tidak pernah kami ke Alamanda tanpa masuk ke kedai buku MPH. Bukan membeli sangatpun. Hanya sekadar mahu tahu buku-buku terkini. Dan, sambil-sambil membelek buku, pasti puan isteri bertanya kenapa saya sudah lama tidak menulis. Ada juga orang mahu saya terus menulis. Isteri sendiri jadi peminat, tak apalah. Saya tidak menulis kerana saya tidak membaca. Agak lama saya tidak membaca tulisan-tulisan yang panjang.  Sama ada artikel,  buku, novel mahupun buku perubatan. Dan seperti biasa, "masa"  juga yang akan dipersalahkan. Bukanlah sebenarnya tiada masa. Tetapi malas menulis. Untuk menulis, perlu membaca. Untuk membaca perlu komitmen. Sedangkan status facebook yang panjang sikitpun saya skip , inikan pula tulisan-tulisan lain.  Pakcik Rajoo yang menjual...

Ditegur

Solat di sebuah surau di kawasan kampung di Kuala Pilah. Selepas angkat takbir, seorang remaja menepuk tangan saya, menegur, "bang.. bang.." Selesai solat, remaja tersebut datang. "Bang, tadi solat macam ni kan?" Beliau menunjukkan cara saya berdekap, meletakkan tangan di dada. "Tak boleh macam tu, kena macam ni," sambil menunjukkan cara berdekap dengan tangan di bawah dada. Terkaget sekejap. Penting sangat ke, sampai perlu tegur ketika solat, dengan melintas orang yang sedang solat di sebelah saya? Adeh. Bersangka baik yang mampu saya lakukan, "..mungkin itu yang di ajar guru di sekolahnya." atau "..mungkin budak ni kurang IQ."

Tidak tahu dan menyedari diri tidak tahu

Terdapat perbedaan yang jelas antara tidak tahu dan menyedari dirinya tidak tahu. Contohnya, seorang pelajar perubatan, bijak tentang ilmu perubatan, namun jahil mengenai ilmu agama. Beliau menyebut, "... aku bukan tahu sangat ilmu agama. Tapi tu kan benda baik. Allahkan suka benda baik. Takkan lah dia nak haramkan menyambut valentine. Yang haramkan ni pak lebai outdated dan ustaz ustazah facebook je.." Beliau tahu, ilmu agamanya sangat minima. Usah dikira sama ada beliau rajin atau tidak pengajian/kelas agama. Namun, tidak tahu sahaja tidak memadai. Beliau harus sedar, ketidak-tahuannya itu menyebabkan beliau harus berhati-hati membicarakan suatu yang bukan dalam ruang lingkup ilmu yang dimilikinya. Berbeda dengan menyedari diri tidak tahu. Apabila kita tanyakan berkaitan hal perubatan yang beliau belum pasti, jawapan yang diberikan, "... urmm, aku pernah dengar pasal goodsall rule tu. Pasal fistula ani. Tapi aku lupa macam mana. Nanti aku check balik." Sedar ...

Fitnah pena

Imej
Sumber: Saifulislam.com Kenapa jahat sangat tangan? Cuba lihat facebook. Dahulu orang kata mulut yang jahat. Tetapi sekarang, mulut tidak berkata. Cuma tangan yang ligat menulis. Mudah kita menulis, apa sahaja yang ada dalam minda, terbit dari gambaran hati. Kita curahkan semua. Tanpa mengira; pada siapa kita tujukan, medium yang kita gunakan, siapa sahaja yang mampu baca, kesan dari penulisan kita, dan paling penting, di mana rasa bertuhan kita letakkan ketika itu? Tidak pernah kita lihat orang tua yang mudah melontar kata dusta dan nista. Mungkin ada, tetapi jarang. Itu di alam realiti. Namun, tika di alam maya? Gundah, resah hati melihatnya. Pak dokter, pak kiyai, dosen pengajar (pensyarah), guru, dan orang-orang yang dihormati masyarakat- bebas menulis ayat keji. Uzlahkan tangan kita. Tanya, mana tuhan kita letakkan ketika menulis. Neraca dosa-pahala mana yang tidak seimbang. Periksa lagi dan lagi. Kita bukanlah dizaman orang menghafal nombor telefon rumah....

Kalau padi katakan padi

Imej
Wahai pembuat sistem, Wahai penanggungjawab sistem, Wahai koordinator sistem, Wahai pelaksana sistem, Saya cuma nak cakap; Kalau padi katakan padi, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau jadi katakan jadi, Jangan saya ternanti-nanti. Kalau dedak kata dedak, Jangan saya tertampi-tampi; Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti. Kalau dapat ikut exit exam, katakan dapat, Jangan mahu bertapi-tapi, Kalau tidak kata tidak, Jangan saya ternanti-nanti, (Sekian, pantun tak jadi)

Kenapa mahu mencari imam?

Imej
Foto ihsan daripada Wikipedia . Sangat informatif untuk ketahui posisi dalam berjemaah. Tertanya-tanya pada diri, "..jika saya bernikah, bilakah waktu untuk berjemaah dengan keluarga?" Kerap kali ditemukan para muslimat menyebut mengenai mencari 'sang imam'. Bukanlah bermaksud harfiah; imam yang mengetuai solat berjemaah di masjid. Kalau imam yang itu, bila-bilapun boleh cari. Tetapi, yang mereka maksudkan suami ataupun pasangan hidup. Dahulu istilah ini hanya popular dikalangan wanita-wanita bertudung labuh. Sekarang, sudah 'komersial'. Semua mahu menggunakannya. Akan tetapi, bolehkah imam tersebut adalah suami yang mengimami solat untuk isteri dan keluarga setiap kali solat fardhu? Tempat solat fardhu bagi seorang lelaki, mahu ataupun tidak, adalah secara berjemaah di masjid. Bukanlah dengan puan isteri. Makanya, bagi muslimat yang berharap dapat solat fardhu lima waktu dengan suami, lupakanlah. Kecualilah jika bakal suami anda memang berjawatan...

Telah lama kau sibuk

Telah lama kau katakan kau sibuk, Solat kau kata ... yang ringkas-ringkas saja, ... rukhsoh katamu, ... Allah pasti tahu tentang dirimu, ... soal solat sunat, ... tunggu dahulu, ... bila ada masa, kau pasti bertamu, Wirid kau kata, ... yang penting-penting saja, ... kadang-kadang, wiridpun kau lupakan, ... nak kejar yang kubro, hanya harapan, ... entah bila, dirimu akan kesampaian, Benar kau sibuk? Berapa purnama lagi kau akan sibuk? Satu bulan? Dua bulan? Satu tahun? Kau kata kau sibuk, Bila lapang menjengah ... kau beralasan, ... itulah kesempatan, ... waktu rehat, dalam kesempitan, ... nanti ada waktumu untuk tuhan Waktu mana lagi? Kau belajar kau sibuk, Kau lapang kau kata mahu berehat, Kau kerja kau sibuk, Kau berkeluarga kau sibuk, Cuma tinggal, Kreatifnya alasan, ...kepada tuhan.