Catatan

28 Nov - 09 Dis

Imej
Jadual ujian, ujian dan ujian. Doakan agar dipermudah segala urusan. Doa senjata orang mukmin. Kenapa tidak gunakan senjata yang ada padamu untuk membantu saudara seagamamu? Moga urusan kalian juga dipemudahkan! 1433 H perlu menjadi sesuatu banget. :) Sehatkan Iman, Cergaskan Amal!

Bersyukurlah Wahai Diri

Imej
Gambar Hiasan Sedang mengingatkan diri, mengenai apa yang pernah disebutkan. Saya pernah menyebut, syukur itu lebih 'tinggi' daripada pada sabar. Maksud mudah, ianya lebih sukar untuk di amalkan. Sebagai contoh, kita terkena musibah (nauzubillah min zalik), terjatuh dan lutut berdarah. Datang rakan kita membantu, sambil menyebut, "Sabarlah, sikit je tu..". Kita mudah je nak terima. Kerana itu kalimat lazim yang sering diucapkan.  Bagaimana pula jika rakan kita datang, sambil menolong, dia menyebut "Bersyukurlah, sikit je tu".  Terpinga-pinga kita, "..kenapalah mamat ni suruh aku bersyukur pula? Sakit kot terjatuh ni!" Silap-silap, kita marah pula pada rakan tadi kerana terasa seolah-olah diperli. Sedangkan musibah yang menimpa itu, adalah peringatan Allah kepada kita. Sebagai contoh, apabila ditimpa penyakit seperti demam, ia hanyalah kifarah penghapus dosa. Keranan itulah, bukan hanya bersabar, kita perlu bersyukur ata...

Dakwah Medium Baru

Imej
Gambar Hiasan Manual Dakwah Medium Baru Sering disebut dan dipesan, jagalah hablum-min-allah iaitu hubungan dengan Allah SWT dan hablum-min-annass iaitu hubungan sesama manusia. Dua aspek ini penting sebagai seorang individu Muslim. Oleh itu, saya cuba sentuh dalam catatan ringkas ini, berkaitan hubungan sesama manusia. Jika kita lihat, banyak buku yang membahaskan mengenai hubungan sesama manusia. Sebagai contoh, Men are from Mars, Women are from Venus . Pernah dengar? Ianya merupakan buku yang sering disebut oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil ( saifulislam.com ). Konteks penulisan buku tersebut adalah memahami insan berlainan jantina. Dan, selain itu banyak lagi buku-buku lain yang ada. Ianya kajian mengenai manusia. Cabang besarnya- Sains Sosial. Terdapat pelbagai karya masyarakat barat berkaitan hubungan sesama manusia. Mereka bukanlah dai' (pendakwah), namun mereka mengkaji akan hal ini. Kajian-kajian ini sangat berguna buat kita memahami manusia; terutam...

Wavelength Diri

Imej
Screen capture facebook-ku. Sering benar saya ingatkan diri; "Kalau nak tulis apa-apa, tulis kat blog! Jangan tulis kat facebook!" Tapi, apakan daya, tangan lebih cepat daripada otak. Saya membatalkan niat untuk deactivate facebook, gara-gara banyak info yang saya ketinggalan jika berbuat demikian. Dari pertukaran jadual kelas, hal semasa dan termasuklah untuk melihat perkembangan anak buah, Dinie Nur Aleesya. :) Kekurangan ketika menulis status di facebook adalah wavelength antara rakan-rakan yang berbeza. Ada rakan-rakan yang boleh menerima apa yang saya katakan, tetapi, banyak juga yang tidak boleh menerimanya. Setiap kita punyai minat yang berbeza, pendekatan yang berbeza dan penerimaan yang berbeza. Sebagai contoh, menulis status mengenai HUDUD di facebook. Apa penerimaan rakan-rakan facebook apabila membacanya? Boleh jadi, ada yang beranggapan; "Haih, tak habis-habis budak pembangkang ni.." Atau, "Cerita dah lama,...

OSCE-ku

Imej
Antara buku-buku Skill-lab yang perlu dibuka kembali. Dalam masa 2 minggu lagi, bakal menjalani ujian OSCE. Selalu je sebut OSCE ni, tapi tak tahu maksudnya. Kalau ikut Wikipedia, maksudnya- Objective Structured Clinical Examination. Gambaran bagi ujian ini, kami akan diuji skill yang telah dipelajari selama 3 tahun lebih setengah ini. Sebagai contoh, cara anamnesis (wawancara pesakit), memasang infus, membalut luka, menyuntik pesakit dan sebagainya.  Kata dosen (maksud: pensyarah), ada 12 stesen. Stesen tu, untuk mudah- bermaksud checkpoint . Di situ akan diberi kasus ( cases ), lalu kami diminta untuk melakukan anamnesis, pemeriksaan dan sebagainya. Dan, paling saya kurang suka adalah, kami perlu juga menyatakan diagnosis kerja ( working diagnosis )- iaitu penyakit yang kami suspek terkena pesakit tersebut; dan juga, perlu menulis resep (preskripsi ubat) serta rujukan pesakit seterusnya (contoh: rujuk kepada Doktor Pakar berkaitan penyakit). Uji...

Tegurlah Wahai Sahabat

Imej
Gambar Hiasan Aku pernah berada di 'atas'. Aku diangkat, tapi bukan bermaksud tinggi. Aku cuma menanggung beban. Beban amanah yang mampu mencampakkan aku ke neraka jika tersalah mengurusnya.  Hidup ini; antara dosa dan pahala. Ketika itu, yang paling aku harapkan adalah teguran dari sahabat. Kita bukan malaikat, tiada dosa. Mampu melakukan amanah Allah sebaiknya. Tiada nafsu mengganggu.  Alhamdulillah, ada dua orang sahabat yang sudi menegur aku. Tapi, suara rakan-rakan tarbiyyah hilang dan sunyi. Apakah benar mengenal dakwah? Maksud mudah dakwah; amar makruf, nahi munkar. Iaitu, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran. Simple ! Kini, giliran sahabat yang lain di 'atas'. Moga apa yang aku impikan dahulu, aku pula yang 'bertugas' untuk melakukannya. Suatu kesilapan aku dahulu; sebuah festival untuk Malaysia. Pelajar di Jakarta pasti sedia maklum. Sehingga kini, yang aku dengar hanya pujian. Sedangkan, menusuk hati aku ha...

Ini Lagha

Ini agak lagha. Cuma, andalah mufti bagi diri anda, mintalah fatwa dari hati. Saya pernah menjadi anti-nasyid moden dahulu. Yang ada dalam Mp3 (ketika zaman sekolah), banyak lagu-lagu nasyid klasik. Teringat pula, dahulu ada rakan berbangsa Cina sering meminjam Mp3 saya. Jadi secara tak sengaja, dia kenalah dengar lagu-lagu nasyid juga. Cuma memang dia ada memasukkan lagu lain. Takkanlah nak dengar lagu yang tak difahami pulakkan. Baiklah. Cuma gatal tangan nak post lagu yang sering diulang dan satu-satunya lagu yang terdapat dalam ruangan favorite di channel Youtube saya. Ianya jiwang! Dengar banyak kali bermaksud lalai. Jadi, simpan untuk 'suatu hari nanti.' Saya meminati beberapa suara dan alunan penyanyi. Antaranya, Yasin Sulaiman, Jamal Abdillah dan M. Nasir. Jadi, yang dikongsikan adalah lagu nyanyian Yasin Sulaiman, bekas kumpulan nasyid 'Abang-abang' (Brothers). Tajuk lagu? Bak Sutera Dihelai Mawar. Maksud lagu? Entahlah. ...