Catatan

Paksi yang sama

Teringat saya, kira-kira sewaktu Tingkatan 3. Ketika itu, buku yang saya gemari antaranya adalah buku-buku tulisan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. Saya pernah terbaca buku Syeikh al-Qaradawi yang berbicara mengenai Islam Liberal. Di awal buku, Syeikh al-Qaradawi bertanya dahulu mengenai apakah golongan ini (Islam liberal) beriman akan Allah dan Rasul-Nya. Kenapa ditanyakan mengenai keimanan? Sebab utama yang dapat saya ambil, kerana sebelum berbicara mengenai sesuatu perkara, haruslah kita punyai paksi yang sama. Supaya, apa yang akan dibahaskan nanti tetap berpaksikan panduan yang sama. Tidaklah perbahasan itu tiada hala hendak dituju. Persamaan ini juga yang perlu saya bahaskan dalam artikel ini, sebelum berganjak kepada artikel seterusnya. Saya ditanyakan oleh beberapa orang sahabat mengenai Festival Malaysia dan pengisiannya. Yang dimaksudkan sebagai Festival Malaysia adalah ianya suatu program yang menghidupkan budaya Malaysia dan sekaligus  memperkenalkan k...

Berbakti Pada Ibu

Imej
Said bin Abu Maryam telah mengabarkan pada kami, ia berkata, telah mengabarkan pada kami Muhammad bin Ja'afar bin Abu Katsir, ia berkata, telah mengabarkan pada saya Zaid bin Aslam, dari Atha' bin Yasar, dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'Anhu bahwa telah datang seorang laki-laki padanya dan berkata, "Aku melamar seorang wanita tetapi ia menolak nikah denganku, lalu ada orang lain melamarnya dan menerima. Aku merasa cemburu lalu kubunuh wanita itu, apakah aku masih bisa bertaubat?" Ibnu Abbas menjawab, "Apakah ibumu masih hidup?" Ia jawab, "Tidak". Lalu Ibnu Abbas berkata, "Bertaubatlah kepada Allah dan taqarrublah kepada-Nya menurut kemampuanmu!" Lalu saya (Atha' Bin Yasar) pergi kepada Ibnu Abbas dan bertanya, "Kenapa engkau tanyakan tentang ibunya?", Ibnu Abbas menjawab, "Aku tidak mengetahui amalan apa yang mendekatkan diri kepada Allah selain berbakti pada ibu". Hadith shahih (menurut Albani) d...

Mengaku-ngaku

Ketika isu peperangan di Palestin melanda, kita melihat banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang hadir menghulurkan bantuan. Malah, dikalangan parti politik juga sudi menghulurkan bantuan. Ianya suatu yang wajar dipuji. Namun, disebalik itu, muncul pula kalangan mereka ini yang cuba menjadi juara bagi isu Palestin. Seolah-olah merekalah yang paling prihatin akan isu Palestin. Sangkaan aku, isu ini hanya melanda di Malaysia sahaja. Malangnya, ianya juga berlaku di sini. Ketika ada yang menyebut, "usrah kami la yang kumpul duit ni.." atau mungkin, "organisasi kamilah yang kumpul duit ni.." Sangatlah mengecewakan. Sikap mahu menggunakan isu Palestin untuk kepentingan sendiri perlulah diperhalusi, adakah membawa keuntungan atau mudarat. Aku pula yang terpinga-pinga. Ketika apa yang dibuat tidak kena dengan angin mereka, ianya dikatakan, tidak taat syuro. Akan tetapi, apabila ianya dapat menaikkan nama, mulalah mahu mengakui hal itu milik organisasinya. Walaupun, dal...

Masalah yang lalu

Kadangkala, kita rasa kita ditimpa musibah yang sangat besar. Ketika itu, kita rasa lemah dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Ianya sangat besar bagi kita. Kita hanya mampu berdoa, berusaha sekadarnya dan berserah pada-Nya. Tapi, tanpa kita sedari, ianya berlaku berulang-ulang kali dalam hidup kita. Segala permasalahan yang kita anggap sukar ketika itu, sudahpun kita lalui. Mungkin hasilnya tidak memuaskan, tetapi kita tetap dapat selesaikan dan mungkin sudahpun kita lupakan. Kerana itulah, bukan suatu yang aneh jika ada senior yang menyebut, "Alaa senang je tu.. Cuma buat ni, buat tu.." Dan, mungkin juga kita sering juga menyebut pada adik-adik kita, "PMR? Kacang je. Abang dulu study main-main je. Oke je result !" Begitulah ajaibnya kehidupan kita. Selepas ini, dihadapan kita masih pelbagai ragam masalah yang belum kita lalui. Cuma, ingatlah! Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. Berdoa dan berusahalah.

Tora datang lagi!

:)

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum

Terbaca pesan seorang Ustaz, "Ramadhan yang berlari seperti seekor kuda perang dan kita yang merangkak seperti kura-kurang yang hilang berahi.." Muhasabah buat diri. Malam ini sudahpun masuk malam ketujuh bulan Ramadhan. Enam hari dibulan Ramadhan telahpun berlalu. Bagaimana catatan ( check-list ) amalan harian kita? Adakah bertambah baik? Adakah masih istiqamah? Seharusnya, bagi yang melazimi atau berazam untuk tilawah satu juzuk sehari, malam ini sudahpun selesai juzuk yang keenam. Bagi mereka yang kurang sedikit dari itu, paling minimum, sudahpun selesai juzuk ketiga. Ustaz Drs Muchlis Abdi pernah menyebut, antara kesilapan ketika dibulan Ramadhan adalah puasanya tidak OPTIMUM dan tidak MAKSIMUM. Apa bedanya? Optimum yang dimaksudkan oleh Ustaz adalah seluruh dirinya berpuasa. Bukan sekadar tidak menjamah makanan dan minuman, tetapi hatinya dijaga dari berperasangka buruk, lisan dijaga agar tidak menyakiti, penglihatan tertunduk dek takutnya dosa, dan segalanya...

Konspirasi gila

Semua engkau mahu katakan konspirasi? Mesir itu konspirasi. Libya itu konspirasi. Tunisia itu konspirasi. Syria itu konspirasi. Semuanya konspirasi? Ketika di tilam empuk, dihembus kipas yang damai, menghadap laptop, engkau mudah berkata yang berpanasan berjuang itu konspirasi. Apakah mahu aku letakkan senapang di kepala kau baru dikatakan bukan konspirasi? Keluarga mereka dibunuh. Tanpa senjata yang mencukupi, mereka tetap berjuang. Oleh kerana peluru dan bom disasarkan ke arah mereka, kita yang ditilam empuk ini mudah mengatakan KONSPIRASI. Hiduplah engkau dalam konspirasi. Kami mahu hidup dalam realiti.