Catatan

Pengorbanan Qurban

Imej
"Kalau kat kampung (Kelantan), raya haji dia meriah betul tau," kata Ayah. Dahulunya, ayah sering kata tentang Hari Raya Eidul Adha di Kelantan yang sangat berbeza dari di bandar. Sebetulnya, saya sendiri jarang pulang ke kampung ketika Hari Raya Eidul Adha. Sebabnya ketika kecil pernah menetap di Sabah untuk beberapa tahun, jadi untuk pulang tu, tiket sangat mahal. Semasa di Selayang pula, sambutan disana agak meriah. Suasana gotong-royong menghidupkan apa-apa aktiviti yang Surau Ad-Deen (surau ditaman perumahan saya) anjurkan. Di tambah pula dengan cuti raya haji yang singkat. Jadi memang jarang untuk pulang ke kampung. Dan kini, orang selalu bertanya, "Hari raya haji kat Kelantan meriahkan?" Saya hanya mengiyakan dan bercerita sedikit tentang suasana di Kelantan. Sebenarnya cerita-cerita tu adalah ulangan dari apa yang ayah pernah kisahkan dahulu. Saya sendiri tak sempat merasainya. Suasana hari raya pada kebiasaan kita adalah dengan Solat Sunat Eidul Adha dan se...

Kamilah Penolong-penolong Agama Allah

Imej
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah," lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang" (QS 61:14) Demikian ayat Allah dalam penghujung surah As-Saff. Petikan terhadap surah tersebut juga menjadi pengisian penutup dalam Daurah yang saya hadiri Jumaat lepas. "Adakah saya benar-benar penolong agama Allah?" Hati kecil saya tertanya-tanya atas kejahilan diri sendiri. Dalam surah lain, Allah berfirman, "Sungguh, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan kami turunkan bers...

Mencipta Sejarah yang Sempurna

Imej
Mengimbau suatu ketika saya terdengar akan perkataan ini- "Silibus sejarah Malaysia yang diajar di sekolah-sekolah adalah suatu manipulasi politik." Saya cuba mengingati kembali dimana saya mendengar perkataan tersebut, yang pastinya ianya kata-kata daripada salah seorang tokoh sejarah Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim. Agaknya ketika slot forum Program Perkampungan Ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), lebih dua tahun yang lepas. Benarkah persepsi tersebut? Sewaktu di sekolah dahulu, subjek sejarah merupakan salah satu subjek yang mudah mendapat nilai tinggi. Walaupun dengan keadaan sekolah yang terlampau mementingkan pencapaian, subjek ini dilonggok untuk dihadam dalam masa yang singkat, tetapi subjek ini kekal dalam kedudukan yang selesa. Jarang ada penurunan. Dari satu topik ke topik lain. Topik imperialisme, kebangakitan menentang penjajah, gerakan islah, nasionalisme, kemerdekaan, perlembagaan persekutuan, dasar pendidikan negara, Asean, bangsa Malaysia...

Wisuda Angkatan 2005

Imej
Apa itu wisuda? Jika di Malaysia mungkin di namakan sebagai Majlis Konvokesyen, iaitu majlis graduasi. Baru-baru ini saya sempat meraikan abang-abang dan kakak-kakak kami yang di'wisuda'kan. Banyak pengalaman sebenarnya yang dapat dari mereka. Terutamanya menjalani praktikal sewaktu di rumah sakit. Wisuda ini bukanlah bermakna mereka akan pulang ke Malaysia untuk menjadi doktor, tetapi ini adalah pengiktirafan setelah lulus dalam teori sepanjang lebih kurang 4 tahun. Seterusnya akan menjalani praktikal (co-as) di rumah sakit di Indonesia. Selepas itu barulah mendapat perlantikan doktor secara rasmi. Cumanya, sewaktu pelantikan doktor tersebut nanti, majlisnya tidaklah seperti konvokesyen dengan berpakaian jubah dan secara meriah. Mereka ini merupakan angkatan pertama pelajar tajaan dari Malaysia di Ukrida yang menjalani wisuda. Jadi pastinya pengalaman-pengalaman mereka adalah gambaran berharga buat kami untuk menempuhi situasi yang sama. Saya selitkan gambar hari tersebut. Se...

Keluarga dan organisasi

Imej
"Abang, buku tu macam best je," kata seorang wanita pada teman lelakinya. Lelaki didepan saya, lantas mengambil buku tersebut. Buku yang ditunjuknya adalah buku perkahwinan. Memang kebiasaan bagi sudut bahan bacaan agama, pasangan-pasangan memilih untuk mencari buku berkaitan perkahwinan. Adakalanya, ada yang agak malu-malu untuk memilih. Perhati sekeliling, baru cuba membaca. Tak apalah. Sekurang-kurangnya ada ilmu agama yang mereka dapat dalam impian rumah tangga. Walaupun kadang kala bagi saya, agak terburu-buru bagi pasangan yang ingin berumah tangga untuk terus menelaah bacaan-bacaan menjurus skop perkahwinan sahaja. Kerana, disebalik kehidupan berorganisasi (baca: berkeluarga), pastinya ada tujuan, visi dan misi, peran-peran yang dimainkan, tanggungjawab sesama ahli serta garis-garis panduan. Segala itulah yang perlu jelas. Bukan secara sambil lewa dengan memikirkan membina tapi tidak mengukuhkan. Risau, lama-lama ianya roboh. Oleh itu dibalik tabirnya, ilmu asaslah yan...

Intermeso

Imej
Mencuba untuk buat iklan. Tapi tak reti. Banyak lagi perlu belajar.

Mesyuarat

Imej
Bagi pelajar-pelajar sekitar Jakarta, pasti ramai yang tahu mengenai wujudnya program yang dinamakan sebagai Mesyuarat Ahli PKPMI Cawangan Jakarta. Ya, program yang berlangsung pada hari Ahad dan Alhamdulillah selesai dilaksanakan. Sebenarnya, sebelum ini saya bercadang untuk mengeluarkan artikel lain terlebih dahulu, tapi terpaksa ditangguhkan kerana seakan-akan mencerminkan konotasi negatif pada mesyuarat tersebut, sedangkan artikel dirancang sebelum mesyuarat lagi. Malam semalam, Sabtu (17/10/2008), saya diminta untuk menghadiri mesyuarat Indonesian Malaysian Student Association (IMSA) atas nama PKPMI Jakarta. Dan sebelum itu pula, saya diminta untuk ikut serta untuk meraikan Majlis Wisuda sahabat kami dari Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah. Wisuda bererti konvokesyen ataupun majlis graduasi. Cumanya, saya tidak menghadiri Wisuda tersebut atas alasan penat dan ingin tidur =). Tapi tetap ada wakil yang dihantar. Selesai sahaja aktiviti pada hari Sabtu tersebut, saya ...