Bismillahirrahhmanirrahim Setelah kemunculan mazhab-mazhab daripada ulama-ulama mujtahid, banyak isu-isu khilafiyah yang melanda umat Islam dapat diselesaikan. Antara mazhab yang muncul awalnya terdiri dari 12 mazhab. Namun kini hanya tinggal 5 mazhab yakni daripada mazhab maliki, hambali, hanafi, syafie dan zahiri (sangat kecil jumlah pengikutnya sekarang ni). Dengan adanya ulama muktabar ini sebagai mana sehaluan ahli sunnah wal jamaah (ASWJ), hal-hal khilafiyah yang menyebabkan perpecahan umat dapat diselesaikan. Isu-isu perbedaan pendapat yang telah dijawab tetap lagi muncul di hari ini. Malangnya dalam menangani hal ini, banyak dari kita dengan mudah menghukum bid’ah atas hal-hal khilafiyah ini. Sedangkan, dalam hukum yang lima, tiada satupun ulama menambahnya dengan bid’ah sebagai yang keenam. Ketahuilah bahawa ikhtilaf telah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi. Malahan ia berlaku sebelum itu lagi. Oleh itu ikhtilaf itu adalah sesuatu yang melekat pada semua makhluq A...