[Kemaskini] Kolej Matrikulasi KPM
langkah pertama Nota: Ini merupakan artikel kemaskini berkaitan matrikulasi. Ianya diubah dari segi gaya bahasa dan susunan berbanding artikel terdahulu . Melihat statistik blog, ramai pengunjung membaca artikel yang ditulis 3 tahun lepas berkaitan matrikulasi. Bila diteliti kembali artikel tu, rasa tak best pula. Skema! Oleh itu, saya fikir lebih baik susun kembali ayat supaya lebih 'hidup' dan tetap dapat faham. Pertama sekali, TAHNIAH buat adik-adik semua yang dapat melanjutkkan diri ke alam pengajian seterusnya. Saya sebut 'adik-adik' kerana kebanyakan antara kalian sama umur dengan adik bongsu saya. Dan, dia juga insha Allah akan ke kolej matrikulasi Mei ini. Kehidupan matrik sebenarnya best! Dapat rasa suasana baru. Kenalan baru. Subjek tak banyak. Bebas untuk belajar bila-bila kita suka. Dapat awek baru.. err tu sangat tak digalakkan yer. Oke, sebab nak ringkas. Malas ayat berjela-jela. Saya buat dalam bentuk soal-jawab. Ada berapa Kolej Ma...
Ulasan