Tentang Mek
“Allah, Yah kelik dop royakpun deh,” Mek menyambut kedatangan kami dengan wajah kehairanan. “Meme nok kelik? Ke singgoh smetta jah?” inkuirinya Mek tak reda lagi. Pelik. Mungkin itulah yang dirasakan Mek. Jika sebelum ini, Mama pasti maklumkan terlebih dahulu mahu pulang ke kampung. Tapi kali ini, Mama kata tak mahu bagitahu. Sebabnya, kalau dapat tahu kami nak pulang, sibuk dia duk berkemas dan menunggu kami tiba. Kalau kami sampai lewat malam, sanggup dia tak tidur. Dah la keadaan kesihatan Mek yang sering lelah kebelakangan ni. Mek sebenarnya adalah mak saudara saya. Kami panggilnya Mek, walaupun kebiasaan panggilan Mek merujuk kepada nenek. Entahlah kenapa. Tapi usianyapun tak jauh berbeza dengan usia nenek sebelah ayah. Itu kisah dahulu. Kepulangan saya untuk menyambut kedatangan Syawal tempoh hari barulah saya tahu Mek sudahpun terlantar akibat strok. Wajahnya tak bermaya. Hanya kadang-kadang bisikan suaranya sahaja kedengaran. Sebelah dari tubuhnya tidak dapat berfungsi. “Acik d
Ulasan