al-Quran



Semakin hari semakin sibuk diri ni dengan pelbagai hal dunia. Dengan exam yang sering melanda, presentasi yang perlu dipersiapkan, nota-nota kuliah, dan pelbagai lagi aktiviti yang membuatkan hari kita sibuk terutama sebagai pelajar. Sebentar tadi baru sahaja pensyarah (di Indonesia di gelar dosen) menyampaikan bahwa aktiviti sebagai pelajar yang setiap hari perlu menelaah, mengingat dan menyiapkan tugasan akan memyebabkan sel mati ataupun lemah tiga kali ganda berbanding dengan orang normal. Hmmm.. baru tau. Ada kaitan dengan protein dalam sel kot. Tak study lagi, tak reti nak ulas panjang =)..



Tugasan-tugasan membuatkan kita sibuk. Nak baca buku lagi, nak siapkan assignment lagi. Macam-macam nak kene buat. Jadi macam mana nak refreshkan balik eh? Haa.. Jom baca Al-Quran!

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa membaca sepuluh ayat (daripada Al-Quran) pada satu malam maka dia tidak dikira dikalangan orang yang lalai (daripada mengingati Allah swt)" (Hadith riwayat Hakim dan beliau berkata hadith ini shahih diatas syarat Muslim)

Simple jekan? Kalau la malas baca sangat, sepuluh ayatpun dah cukup. Nak baca sepuluh ayat ni paling lama pun lima minit la, tapi menyelamatkan daripada digolongkan dikalangan orang-orang yang lalai. Apakah fadhilat yang lebih besar dari ini?



Hazrat Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, " Al-Quran adalah pemberi syafaat dan syafaatnya diterima dan sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa meletakkan al-Quran dihadapan, al-Quran akan membawanya kesyurga, sesiapa meletakkan al-Quran dibelakang maka al-Quran akan mencampakkannya kedalam neraka." (Hadith riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim)


P/s: baca banyak sikitpun lagi ok! =.=

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum