Masalah khilafiyyah


Bismillahirrahhmanirrahim

Setelah kemunculan mazhab-mazhab daripada ulama-ulama mujtahid, banyak isu-isu khilafiyah yang melanda umat Islam dapat diselesaikan. Antara mazhab yang muncul awalnya terdiri dari 12 mazhab. Namun kini hanya tinggal 5 mazhab yakni daripada mazhab maliki, hambali, hanafi, syafie dan zahiri (sangat kecil jumlah pengikutnya sekarang ni). Dengan adanya ulama muktabar ini sebagai mana sehaluan ahli sunnah wal jamaah (ASWJ), hal-hal khilafiyah yang menyebabkan perpecahan umat dapat diselesaikan.

Isu-isu perbedaan pendapat yang telah dijawab tetap lagi muncul di hari ini. Malangnya dalam menangani hal ini, banyak dari kita dengan mudah menghukum bid’ah atas hal-hal khilafiyah ini. Sedangkan, dalam hukum yang lima, tiada satupun ulama menambahnya dengan bid’ah sebagai yang keenam.

Ketahuilah bahawa ikhtilaf telah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi. Malahan ia berlaku sebelum itu lagi. Oleh itu ikhtilaf itu adalah sesuatu yang melekat pada semua makhluq Allah, dan bukan hal yang selalu jelek atau hina. Ikhtilaf di kalangan umat Islam adalah sesuatu yang nyaris tidak mungkin hilang, apalagi di zaman sekarang ini.

Berlapang dadalah dalam perkara khilafiyah ni. Janganlah mudah menyesatkan orang atau menggolongkan dalam golongan penghuni neraka. Nauzubillah..




Ikhtilaf yang diharamkan.

Pertama, apabila sudah ada nas yang bersifat qath'i dan tidak ada multi tafsir. Bahkan para ulama telah berijma' di dalamnya. Mengingkari ijma' adalah kufur.

Seperti mengatakan bahawa semua agama sama, jelas bukan bahagian dari ikhtilaf yang dibenarkan, kerana tidak ada satu pun ulama yang membenarkan agama selain Islam.

Kedua, ikhtilaf yang diteruskan dengan keras kepala, sombong, takabbur, merasa benar sendiri (ghurur) dan semua orang yang tidak sama pendapatnya dengan dirinya dianggap salah, bodoh, ahli bid'ah, ahli neraka, murtad, keluar dari manhaj salaf, melawan sunnah, bahkan kafir. Naudzu billah min zalik.

Sikap merasa diri paling benar dan paling mendapat hidayah dari Allah adalah sikap seorang yang kurang ilmu dan kurang sifat tawadhu'. Dia merasa hanya dirinya saja yang punya kebenaran, sementara pendapat siapa pun yang dianggapnya bertentangan dengan pendapat dirinya, harus dilukai dengan kata-kata tajam yang merendahkan, menghinakan, melecekan, kalau perlu dengan memboikotnya seolah orang lain itu musuh agama.

Ketiga, ikhtilaf yang tidak pakai ilmu tetapi mengandalkan taqlid dari seseorang tokoh, padahal jauh dari disiplin ilmu yang benar. Berbeza pendapat bahkan berdebat sementara dirinya bukan ahli di bidang itu. Ini tentu kesalahan maha merosakkan dan kebodohan yang maha bodoh.

Wallahu 'alam

.:. catatan pada 12.00am :: 19 Dis 2008

Petikan :

1 Mufti Perak, Dato' Harussaini Zakaria :: Umat Mulia (bersama NGO)

2 Ustaz H. Ahmad Sarwat, Lc. :: Masalah Khilafiyah

3 Syeikh Nuruddin Marbu al-banjari :: Amalan warisan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum