Catatan

Kalau aku bukan doktor, fahamkah aku?

"Doktor,  memang tak ada buat apa-apa ke untuk mak saya? Memang observe sahaja ke?" Soalan yang sering ditanya oleh keluarga pesakit. Saya diberi peluang untuk bertugas di ICU selama lebih kurang 6 bulan. Majoriti pesakit ICU adalah pesakit yang sangat kritikal. Apabila ditanyakan soalan di atas, rasa kurang selesa.  Seakan nak marah sahaja. Iyalah, pesakit diberi bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan ventilator, setting untuk mengawal pernafasan sentiasa kami kawal melalui ujian darah.  Di sekelilingnya pula terdapat pelbagai jarum dan ubat diberikan kepada pesakit,  termasuklah ubat inotrope yang membantu mengawal tekanan darah, tanpa ubat tersebut tekanan darah akan rendah, aliran darah keseluruh tubuh berkurang, oksigen dan nutrisi yang berkurang akan menyebabkan kegagalan fungsi organ-organ penting dan hasil akhirnya, jantung berhenti dan kematian. Di atas pesakit terdapat monitor yang menampilkan bacaan vitals sign yang dicatat dan dikawal setiap jam....

Patah tulang bukan hati

Di katil 12 terdapat seorang pesakit. Usianya telahpun melangkau separuh abad. Beliau dimasukkan ke wad akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan tulang peha beliau patah. Patah pada tulang peha beliau kami namakan " closed fracture intertrochanteric of right femur" . Bahasa apabila di terjemahkan secara langsung, kepatahan tertutup tulang femur (peha) bahagian intertrochanteric. Macam pelik pula bila diterjemahkan. Maaflah, tak jumpa ayat yang sesuai. Apabila terdapat pesakit dengan patah tulang, ia dapat dikategorikan sama ada patah tertutup ataupun terbuka. Patah terbuka bermakna terdapat bahagian kulit yang terluka dan berhubungan dengan bahagian tulang yang patah tersebut. Bagi patah tertutup, hanya tulang sahaja yang patah tetapi kulit tidak mengalami luka yang dapat menghubungkan bahagian tulang patah tersebut dengan kulit yang luka. Kenapa kami bezakan tertutup dan terbuka? Antara sebabnya kerana kedua-duanya memerlukan penanganan dan rawat...

Jujur

Usai kerja, singgah sebentar ke restoran di Pilah Perdana untuk menjamu selera. Sedang menjamah makanan yang baru tiba, datang seorang lelaki. Badannya sedikit gempal, rambut tidak terurus, muka sedikit kusut, berusia mungkin awal 30-an. Tersengih.  "Bang, boleh minta duit tak?" Beliau menyapa aku. Aku terpinga-pinga. Siapalah pula orang ini. "Nak buat apa?" tanya aku. "Nak pergi Seven sana tu, bang. Nak pergi karaoke,"katanya sambil menunjuk Pusat Karaoke yang berada di simpang jalan, tidak jauh daripada tempat aku makan. Lagilah pelik. Jujur benar orang ni. "Err, kalau nak duit untuk makan, bolehlah saya bagi.." jelas aku. Dia hanya tersenyum dan beredar ke meja sebelah. Mungkin beliau mempunyai masalah mental. Namun aku belajar satu hal daripada abang ini. Jangan sesekali menipu.  Jujurlah. Salam ramadhan.

Cuti yang panjang

"Kali ni kita tak pergi MPH pun kan?" kata puan isteri sambil tersenyum nakal. Tanpa sedar,  ianya umpama idea untuk kami tetap mengunjungi kedai buku tersebut. Sengaja puan isteri menyebutnya kerana hampir tidak pernah kami ke Alamanda tanpa masuk ke kedai buku MPH. Bukan membeli sangatpun. Hanya sekadar mahu tahu buku-buku terkini. Dan, sambil-sambil membelek buku, pasti puan isteri bertanya kenapa saya sudah lama tidak menulis. Ada juga orang mahu saya terus menulis. Isteri sendiri jadi peminat, tak apalah. Saya tidak menulis kerana saya tidak membaca. Agak lama saya tidak membaca tulisan-tulisan yang panjang.  Sama ada artikel,  buku, novel mahupun buku perubatan. Dan seperti biasa, "masa"  juga yang akan dipersalahkan. Bukanlah sebenarnya tiada masa. Tetapi malas menulis. Untuk menulis, perlu membaca. Untuk membaca perlu komitmen. Sedangkan status facebook yang panjang sikitpun saya skip , inikan pula tulisan-tulisan lain.  Pakcik Rajoo yang menjual...

Ditegur

Solat di sebuah surau di kawasan kampung di Kuala Pilah. Selepas angkat takbir, seorang remaja menepuk tangan saya, menegur, "bang.. bang.." Selesai solat, remaja tersebut datang. "Bang, tadi solat macam ni kan?" Beliau menunjukkan cara saya berdekap, meletakkan tangan di dada. "Tak boleh macam tu, kena macam ni," sambil menunjukkan cara berdekap dengan tangan di bawah dada. Terkaget sekejap. Penting sangat ke, sampai perlu tegur ketika solat, dengan melintas orang yang sedang solat di sebelah saya? Adeh. Bersangka baik yang mampu saya lakukan, "..mungkin itu yang di ajar guru di sekolahnya." atau "..mungkin budak ni kurang IQ."

Tidak tahu dan menyedari diri tidak tahu

Terdapat perbedaan yang jelas antara tidak tahu dan menyedari dirinya tidak tahu. Contohnya, seorang pelajar perubatan, bijak tentang ilmu perubatan, namun jahil mengenai ilmu agama. Beliau menyebut, "... aku bukan tahu sangat ilmu agama. Tapi tu kan benda baik. Allahkan suka benda baik. Takkan lah dia nak haramkan menyambut valentine. Yang haramkan ni pak lebai outdated dan ustaz ustazah facebook je.." Beliau tahu, ilmu agamanya sangat minima. Usah dikira sama ada beliau rajin atau tidak pengajian/kelas agama. Namun, tidak tahu sahaja tidak memadai. Beliau harus sedar, ketidak-tahuannya itu menyebabkan beliau harus berhati-hati membicarakan suatu yang bukan dalam ruang lingkup ilmu yang dimilikinya. Berbeda dengan menyedari diri tidak tahu. Apabila kita tanyakan berkaitan hal perubatan yang beliau belum pasti, jawapan yang diberikan, "... urmm, aku pernah dengar pasal goodsall rule tu. Pasal fistula ani. Tapi aku lupa macam mana. Nanti aku check balik." Sedar ...

Fitnah pena

Imej
Sumber: Saifulislam.com Kenapa jahat sangat tangan? Cuba lihat facebook. Dahulu orang kata mulut yang jahat. Tetapi sekarang, mulut tidak berkata. Cuma tangan yang ligat menulis. Mudah kita menulis, apa sahaja yang ada dalam minda, terbit dari gambaran hati. Kita curahkan semua. Tanpa mengira; pada siapa kita tujukan, medium yang kita gunakan, siapa sahaja yang mampu baca, kesan dari penulisan kita, dan paling penting, di mana rasa bertuhan kita letakkan ketika itu? Tidak pernah kita lihat orang tua yang mudah melontar kata dusta dan nista. Mungkin ada, tetapi jarang. Itu di alam realiti. Namun, tika di alam maya? Gundah, resah hati melihatnya. Pak dokter, pak kiyai, dosen pengajar (pensyarah), guru, dan orang-orang yang dihormati masyarakat- bebas menulis ayat keji. Uzlahkan tangan kita. Tanya, mana tuhan kita letakkan ketika menulis. Neraca dosa-pahala mana yang tidak seimbang. Periksa lagi dan lagi. Kita bukanlah dizaman orang menghafal nombor telefon rumah....