Catatan

Filem

Imej
Filem. Banyak idea bawah sadar yang mereka sampaikan. Menjadikan cara fikir dan nilai yang mereka fahami itu meresap dalam fikiran penonton. Filem bagi kita sepele. Bagi mereka, ada satu mesej yang ingin disampaikan. Plot hanya pakaian. Dan mereka bijak dalam menata pakaian yang cantik. Sekarang ini tidak aneh wujud sahabat/teman kita yang fikirannya sangat "terbuka". Idea kritis "kenapa perlu beragama" bukan lagi taboo. Malah mencabar dan mencaci konsep ketuhanan juga mudah. Paling malang, nilai-nilai dalam neraca kehidupan juga mulai senget. Aku mencari celah mana yang mereka lewati membuatkan "kita" seperti hari ini. Yang aku temui internet dan satu lagi, bernama filem. Membebel mengupas hikmah filem dan memandu pola fikir anak mungkin sangat perlu. Supaya kita tahu apa yang mereka mengerti, sebelum ianya sebati, membentuk pegangan jati diri.

S.o.a.t.p

Rindu pula dengan PERMAI. Bukan rindu mahu mengikutinya lagi. Tapi rindu kenangan sewaktu menguruskannya. Saya namakan program, kerana saya benar-benar menganggap ianya program. Walaupun ketika itu, saya menggerakkannya bagai sebuah organisasi. Saya benar-benar lupa mengenainya. Dulu mulut petah bicara, perkenalkan mengenai program ini. Hadir ke sana sini. Buat pertemuan. Minta dana. Telefon semua orang yang perlu. Tapi, sekarang ianya hilang. Sama seperti kenangan-kenangan sewaktu menguruskan PKPMI-CJ. Saya tutup buku. Setutup-tutupnya. Dan, seperti yang saya selalu ceritakan pada teman-teman, saya rasa "kekurangan" pada tanggungjawab yang dipikul. Atau lebih mudah, saya gagal. Campur baur, ingatan. Memang orang puji. Memang orang suka. Tapi orang juga mengeji. Ada yang tak suka. Yang pasti, ianya kenangan. Biar suka dan duka. Saya harus terima. Dan, harumnya kenangan itu akan terhidu suatu masa nanti. Sekarang saya merasakannya. Harum pada sendu, juga ta...

Krisis MB: Bukan Muslim Brotherhood

Imej
Hasil carian di Malaysiakini mengenai krisis MB Selangor Agak sukar untuk tangan ini tidak menulis mengenai apa yang terjadi di tanah seberang. Mata yang membaca dan telinga yang mendengar ini tidak boleh diam. Merasakan, "..aku perlu komen something ." Sudah lama menghindar diri daripada terlibat memberi komen ataupun pendapat mengenai situasi politik Malaysia. Saya minat politik hanya kerana sifat Muslim itu memang berpolitik. Politik yang dimaksudkan bukanlah dari perspektif sempit; Partisan. ---------------------- Saya mengikuti isu MB Selangor sedikit demi sedikit sejak sebelum 1 Syawal. Mulainya nampak menarik. Namun, hujung pangkal daripada isu ini- Kajang Move , tidaklah saya ikuti. Malas. Masih samar dan terlampau luas tafsirannya dengan takwilan serta sangkaan. Tiada siapa yang tahu pasti kenapa ianya berlaku. Cuma dua garis besar yang kita sering dapat; 1) Menyelamatkan karier politik DS Anwar Ibrahim, dan 2) Peralihan kuasa MB Selangor akibat pertikaian...

Fokus I

Ketika libur Maulid ar-Rasul kelmarin, terfikir untuk adakan bacaan hadith mengenai Nabi  صلى الله عليه و سلم.  Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana ianya harus diadakan. Cuma yang saya tahu, itulah majlis yang mudah dan ringkas. Tidak perlu ramai orang, promosi dan sebagainya. Jadi, saya ajak seorang sahabat. Dan, saya hanya fikir ianya tidak ubah seperti kelab bacaan ( reading club ). Sebabnya, nak tunggu saya baca sendiri, lambat nak habis satu buku. Bila ada teman, mungkin lebih mudah. Begitulah impiannya. Saya bercadang untuk adakan bacaan Kitab Syamail Muhammadiyah karangan Imam at-Tirmidzi. Pernah beberapa tahun lepas saya tulis di dalam blog, saya mahukan kitab ini. Tapi, masalahnya. Saya dan sahabat saya tiada kitab ini. Tanya pada sahabat yang lain, katanya ada di rumah di Malaysia. Hampa. Cari di Rumah Islam juga tiada. Biasanya kami kumpulkan koleksi buku-buku di rak ruang tamu. Mudah untuk berkongsi bahan bacaan pada yang lain. Hampa lagi. Akhirnya, han...

Know your limits

Imej
Sumber: Devian Art- Kab 3on Saya masih ingat komen seorang sahabat ketika awal-awal saya memulakan penulisan blog. Sahabat dalam jurusan agama di salah sebuah Perguruan Tinggi Negeri di Aceh. Komennya simple , tapi masih saya ingat hingga kini. Beliau meminta saya banyak menulis mengenai bidang perubatan. Ketika itu, saya banyak menulis perihal keagamaan. Mungkin orang kata Islamik. Tiba-tiba datang komen suruh saya tulis dalam bidang perubatan. Pertamanya, mungkin boleh dilihat beliau mahu mengetahui serba sedikit tentang bidang perubatan. Keduanya, mungkin kerana saya sebenarnya tidak layak menulis sesuatu yang bukan dalam bidang saya. Saat ini, banyak isu-isu perubatan atau kesihatan yang ditimbulkan masyarakat awam. Kebanyakannya hanyalah 'hoax'. Hanya sensasi, bukan fakta. Orang kita suka dengan hal-hal begini. Contohnya, bahaya panadol, golongan antivaksin, golongan pejuang home birth, maggi lebih baik daripada syabu, bidang perubatan menipu dalam bab minum...

Jika anda di masjid/surau

*Foto Hilang* Menjadi kebiasaan di Masjid ini terjadi lebih daripada satu imam. Kadang-kadang dua, dalam foto ni tiga imam. Nota: Pastikan solat berjemaah jika berada di masjid. Jangan solat sendirian walaupun imam pertama sudahpun selesai solat. Jika solat sendirian (solat sunat) biasakan diri untuk solat paling hadapan iaitu berhadapan dengan tembok ataupun tiang; menghadap sutrah. Perhatikan sekeliling terlebih dahulu sebelum membuat jemaah baru. Jangan menyumbang terjadi lebih daripada satu imam dalam masjid yang sama. Jangan solat dilaluan orang berjalan, terutamanya pintu keluar masuk. Sutrah bagi makmum cukup dengan mengikuti imam. *Ini merupakan catatan yang pernah saya post di facebook ketika klinikal di Rumah Sakit Hassan Sadikin, Bandung.

Belajar dari orang gila

Siang, dua minggu yang lalu. Waktu sudah menunjukkan sekitar jam 2.00 petang. Masih duduk termangu, menunggu kapankan ujian bermula. Disebelahku seorang pesakit 'milik' rakan. Saya ditugaskan menjaga pesakit ini diluar, menunggu giliran untuk masuk. Pesakit ini dalam bahasa awamnya dipanggil 'orang gila'. Suatu stigma yang memberi persepsi negatif kepada mereka. Di Jepun, salah satu cara untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap pesakit gangguan jiwa ini adalah mengubah istilah ( term ) yang digunakan. Sebelum ini, mereka menggunakan istilah Seishin-Bunretsu-Byo yang bermaksud Mind-Split Disease  bagi merujuk kepada pesakit gangguan jiwa. Istilah ini lebih condong ke arah kriminal ataupun pesalah. Lalu, istilah ini ditukar kepada Togo-Shitcho-Sho yang bermaksud Gangguan Integrasi ( Integration Disorder ). Baca buku, tutup. Buka, selak-selak. Tutup lagi. Bosan. "Tadi lagi ngapain?" Memulakan bicara. Kesian lihat pesakit termenung sendirian. Bi...