Catatan

Ta'dib

Beberapa hari lepas ke kedai buku MPH. Terbaca sebuah buku yang kedudukannya agak tersorok. Buku tebal. Lupa judulnya. Yang saya ingat, ianya tribute untuk Syed Muhammad Naquib al-Attas. Sebelum ini saya mengikuti serba sedikit mengenai pemikiran Al-Attas. Serba sedikit. Ataupun mungkin lebih benar, sangat sedikit. Namun, selepas melihat pengkagum beliau yang saya lihat sedikit taksub, saya mula kurang gemar apabila disebut nama Al-Attas. Bukan benci. Namun, bimbang apabila semua isu yang timbul, ia akan disebut, "..itulah yang Al-Attas pernah sebut dahulu.." Seakan, segala yang berlaku pernah disentuh oleh beliau. Hebat. Saya ambil buku dan lihat isi kandungannya. Tertarik dengan salah satu bab yang ditulis oleh salah seorang anak murid beliau (Al-Attas). Ianya mengenai sejarah penubuhan ISTAC dari segi gagasan asal pendirinya, Al-Attas sendiri. Keyword yang menarik adalah - Ta'dib. ISTAC ataupun secara am-nya, pendidikan, menurut Al-Attas haruslah diterje...

Pilihan sebelum peluang

Ketika kita masih lapang, masih banyak waktu terluang, kita diberikan PILIHAN, sama ada duduk di rumah ataupun ikut serta dalam majlis-majlis ilmu. Sedangkan, ketika kita sibuk, kita tidak diberikan pilihan. Mengikuti majlis-majlis ilmu hanyalah apabila kita punyai PELUANG. Waktu sibuk dan lapang akan datang silih berganti. Sama ada ketika kita masa di semester pra-klinikal ataupun di semester klinikal. Sama ada ketika masih bergelar mahasiswa ataupun setelah berkerja. Sama ada ketika bujang ataupun sudah berkeluarga. Ada waktunya, kita sibuk. Dan, ada waktunya kita lapang. Ketika sibuk, musuh utama kita ada waktu yang sangat mencengkam serta memerlukan tenaga yang banyak. Sedangkan ketika sibuk, musuh utama kita adalah diri kita sendiri. Kita akan lebih suka bertangguh. Dialog, ".. ala nantikan boleh pergi lain masa.." akan muncul. Perlukan masa untuk diri sendiri, masa 'berehat' dan sebagainya. Oleh itu, dalam dua keadaan ini, Allah jadik...

.

" ...kerna selamanya, emas takkan setara dengan loyang. Dan, sutera takkan sebangsa dengan benang.."

Koas dan DnT

*Tulisan ini dihasilkan pada bulan Ramadhan yang lepas* Dunia koas dianggap medan latihan dalam kita berprofesi sebagai tenaga medis suatu hari nanti. Di sini kita akan dilatih bagaimana menterjemahkan apa yang terdapat dibuku dengan apa yang terdapat di alam realiti. Memang berbeda. Apa yang diteori tidak akan selalu terlihat pada pasien. Ianya dunia baru untuk kita. Namun, disebalik harus belajar, kita juga menghadapi cabaran dari segi mental dan fizikal. Jika di stase yang santai, iya enak. Bisa belajar, ga capek. Tapi, jika kita dapat stase yang sibuk.. Bersiap sedialah untuk penat tetapi dalam masa yang sama harus belajar. Kadang-kadang dimarahin lagi setiap hari.. Cabaran kita adalah masa dan tenaga. Tenaga yang dihabiskan di rumah sakit dan masa yang kurang, akan sentiasa menghantui kita. Ada sahabat pernah berkata, "..kerana itulah kita harus menyibukkan diri kita sebelum koas.." Ia umpama persediaan untuk kita menghadapi dua kesibukan; kerja/tugasan dan belaj...

Selamat Idulfitri

Imej
Telat sikit. Dah-dah raya. Puasa 6 pulak.

Wahai yang mahu berkempen- Jaga lidahmu!

Imej
Agar lidah tidak mengundang bencana Pilihanraya Umum Kali Ke-13 akan berlangsung kurang dari sebulan. Tempoh ini merupakan tempoh getir untuk semua jentera politik dari semua parti untuk berkempen memenangi hati pengundi. Jika kita buka facebook, pastinya penuh timeline dengan status-status dan foto berkaitan politik. Namun, yang sedihnya, sesetengah golongan berpolitik seolah-olah tidak beragama dan tidak bertuhan. Mulut dan tangan lantang menulis serta mengatakan sesuka hati tanpa mengira apa kesannya. Sedangkan, bagi orang beriman (mukmin), pastinya beliau sedar setiap butir patah kata yang dituturkan dan ditulis pasti akan dipersoalkan kelak. Neraca dosa dan pahala pasti ada. Dan, balasan pada hari akhirat juga PASTI ada. Hanya jika, kita beriman dengan semua itu (Allah dan hari kiamat). Saya membuka beberapa kitab yang berbicara mengenai adab bertutur kata. Tercari-cari manakah yang sesuai untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat di facebook. Dan, akhirnya saya berjum...

Sungguh pfft

Imej
Klik gambar untuk lebih jelas Dahulu saya pernah berniaga telekung secara atas-talian ( online) . Untuk mudahkan berniaga, buatlah satu emel melalui gmail. Tapi, tak semena-mena, blogspot menyambung emel gmail tersebut kepada profil di blosgpot. Dan tiba-tiba, emel tersebut yang dipilih menjadi emel utama ( primary email ). Sekarang, tak boleh nak ubah dah emel utama tersebut. Emel yang digunakan masa awal-awal menggunakan blogspot (faridramli[at]yahoo[dot]com) dah pun menjadi emel kedua. Emel utama perlulah emel menggunakan domain gmail. Cara lain untuk ubah emel utama pada blog ini adalah dengan buat emel baru menggunakan gmail, tambah alamat emel tersebut (yang baru tadi) sebagai penulis (author) blog ini. Setelah selesai, buang penulis yang lama. Tapi, profil blogger sudahpun dianggap profil yang baru. Bermakna, profil farid ramli yang anda lihat dibahagian kanan blog ini akan tetap dengan emel telekung[dot]comel[at]gmail[dot]com. Sadis sungguh. Leceh. Entah la...