Catatan

Lahad Datu

Imej
"Askar (dan polis) yang mati kat Lahad Datu tu dikira mati syahid ke?" Seorang sahabat bertanya, seolah ingin menduga. Entahlah. Sukar untuk dijawab, atau mungkin lebih tepat, saya tak layak untuk menjawabnya. Apa yang berlaku disana sukar untuk disahihkan, mana satu yang benar, mana satu yang salah. Ketika bermula isu tuntutan Sabah secara bersenjata ini diuar-uarkan, kerajaan mengambil langkah dengan menafikannya. Bahkan ianya dikatakan hanyalah khabar angin yang tidak benar. Ketika itu, antara yang mula 'menjelmakan' isu ini ditengah-tengah masyarakat pastinya kalangan pro-pembangkang. Dan, sampai ke hari ini, kita masih belum jelas apa yang berlaku. Ianya ditutup dengan alasan 'strategi perang' dan 'rahsia pihak keselamatan'. Saya sendiri kurang bersetuju dengan sikap reaktif kalangan kita. Seolah-olah dengan alasan demikian, tiada apa yang dapat dilaporkan. Media hanya boleh melaporkan hasil sidang media rasmi sahaja. Keti...

Selesai dan bermula

Alhamdulillah.. Akhirnya, lulus 30 blok dan 160 SKS. Tanggal 5 Mac kelmarin sudahpun diumumkan. Makanya, berakhir sudah tahun teori dalam pengajian perubatan. Alhamduillah. Walaupun, seharusnya waktu yang ditetapkan bagi tempoh pengajian teori adalah 3½ tahun. Aku sudahpun terlewat setahun. Orang kurang bijak perlu belajar banyak dan lama sikit, mungkin. :) Apa-apapun, 13 Mac ini akan mula mengikuti sesi Kepaniteraan Dasar (Padas). Bermakna sekitar 3-4 minggu kami akan diberi persediaan bagi mengikuti tahun klinikal. Semoga dengan masuknya tahun klinikal ini, menjadikan diri ini lebih bersyukur. Semoga syukur ini melahirkan amal yang istiqamah. Semoga segalanya dipermudahkan. Perjalanan ini masih panjang. Yang aku cari, hanyalah keredhaan-Nya.

Esok ujian Blok 23 dan Blok 26. Tolong doakan!

Imej

Paksi yang sama

Teringat saya, kira-kira sewaktu Tingkatan 3. Ketika itu, buku yang saya gemari antaranya adalah buku-buku tulisan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi. Saya pernah terbaca buku Syeikh al-Qaradawi yang berbicara mengenai Islam Liberal. Di awal buku, Syeikh al-Qaradawi bertanya dahulu mengenai apakah golongan ini (Islam liberal) beriman akan Allah dan Rasul-Nya. Kenapa ditanyakan mengenai keimanan? Sebab utama yang dapat saya ambil, kerana sebelum berbicara mengenai sesuatu perkara, haruslah kita punyai paksi yang sama. Supaya, apa yang akan dibahaskan nanti tetap berpaksikan panduan yang sama. Tidaklah perbahasan itu tiada hala hendak dituju. Persamaan ini juga yang perlu saya bahaskan dalam artikel ini, sebelum berganjak kepada artikel seterusnya. Saya ditanyakan oleh beberapa orang sahabat mengenai Festival Malaysia dan pengisiannya. Yang dimaksudkan sebagai Festival Malaysia adalah ianya suatu program yang menghidupkan budaya Malaysia dan sekaligus  memperkenalkan k...

Berbakti Pada Ibu

Imej
Said bin Abu Maryam telah mengabarkan pada kami, ia berkata, telah mengabarkan pada kami Muhammad bin Ja'afar bin Abu Katsir, ia berkata, telah mengabarkan pada saya Zaid bin Aslam, dari Atha' bin Yasar, dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'Anhu bahwa telah datang seorang laki-laki padanya dan berkata, "Aku melamar seorang wanita tetapi ia menolak nikah denganku, lalu ada orang lain melamarnya dan menerima. Aku merasa cemburu lalu kubunuh wanita itu, apakah aku masih bisa bertaubat?" Ibnu Abbas menjawab, "Apakah ibumu masih hidup?" Ia jawab, "Tidak". Lalu Ibnu Abbas berkata, "Bertaubatlah kepada Allah dan taqarrublah kepada-Nya menurut kemampuanmu!" Lalu saya (Atha' Bin Yasar) pergi kepada Ibnu Abbas dan bertanya, "Kenapa engkau tanyakan tentang ibunya?", Ibnu Abbas menjawab, "Aku tidak mengetahui amalan apa yang mendekatkan diri kepada Allah selain berbakti pada ibu". Hadith shahih (menurut Albani) d...

Mengaku-ngaku

Ketika isu peperangan di Palestin melanda, kita melihat banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang hadir menghulurkan bantuan. Malah, dikalangan parti politik juga sudi menghulurkan bantuan. Ianya suatu yang wajar dipuji. Namun, disebalik itu, muncul pula kalangan mereka ini yang cuba menjadi juara bagi isu Palestin. Seolah-olah merekalah yang paling prihatin akan isu Palestin. Sangkaan aku, isu ini hanya melanda di Malaysia sahaja. Malangnya, ianya juga berlaku di sini. Ketika ada yang menyebut, "usrah kami la yang kumpul duit ni.." atau mungkin, "organisasi kamilah yang kumpul duit ni.." Sangatlah mengecewakan. Sikap mahu menggunakan isu Palestin untuk kepentingan sendiri perlulah diperhalusi, adakah membawa keuntungan atau mudarat. Aku pula yang terpinga-pinga. Ketika apa yang dibuat tidak kena dengan angin mereka, ianya dikatakan, tidak taat syuro. Akan tetapi, apabila ianya dapat menaikkan nama, mulalah mahu mengakui hal itu milik organisasinya. Walaupun, dal...

Masalah yang lalu

Kadangkala, kita rasa kita ditimpa musibah yang sangat besar. Ketika itu, kita rasa lemah dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Ianya sangat besar bagi kita. Kita hanya mampu berdoa, berusaha sekadarnya dan berserah pada-Nya. Tapi, tanpa kita sedari, ianya berlaku berulang-ulang kali dalam hidup kita. Segala permasalahan yang kita anggap sukar ketika itu, sudahpun kita lalui. Mungkin hasilnya tidak memuaskan, tetapi kita tetap dapat selesaikan dan mungkin sudahpun kita lupakan. Kerana itulah, bukan suatu yang aneh jika ada senior yang menyebut, "Alaa senang je tu.. Cuma buat ni, buat tu.." Dan, mungkin juga kita sering juga menyebut pada adik-adik kita, "PMR? Kacang je. Abang dulu study main-main je. Oke je result !" Begitulah ajaibnya kehidupan kita. Selepas ini, dihadapan kita masih pelbagai ragam masalah yang belum kita lalui. Cuma, ingatlah! Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. Berdoa dan berusahalah.