Catatan

Mengaku-ngaku

Ketika isu peperangan di Palestin melanda, kita melihat banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang hadir menghulurkan bantuan. Malah, dikalangan parti politik juga sudi menghulurkan bantuan. Ianya suatu yang wajar dipuji. Namun, disebalik itu, muncul pula kalangan mereka ini yang cuba menjadi juara bagi isu Palestin. Seolah-olah merekalah yang paling prihatin akan isu Palestin. Sangkaan aku, isu ini hanya melanda di Malaysia sahaja. Malangnya, ianya juga berlaku di sini. Ketika ada yang menyebut, "usrah kami la yang kumpul duit ni.." atau mungkin, "organisasi kamilah yang kumpul duit ni.." Sangatlah mengecewakan. Sikap mahu menggunakan isu Palestin untuk kepentingan sendiri perlulah diperhalusi, adakah membawa keuntungan atau mudarat. Aku pula yang terpinga-pinga. Ketika apa yang dibuat tidak kena dengan angin mereka, ianya dikatakan, tidak taat syuro. Akan tetapi, apabila ianya dapat menaikkan nama, mulalah mahu mengakui hal itu milik organisasinya. Walaupun, dal...

Masalah yang lalu

Kadangkala, kita rasa kita ditimpa musibah yang sangat besar. Ketika itu, kita rasa lemah dan tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Ianya sangat besar bagi kita. Kita hanya mampu berdoa, berusaha sekadarnya dan berserah pada-Nya. Tapi, tanpa kita sedari, ianya berlaku berulang-ulang kali dalam hidup kita. Segala permasalahan yang kita anggap sukar ketika itu, sudahpun kita lalui. Mungkin hasilnya tidak memuaskan, tetapi kita tetap dapat selesaikan dan mungkin sudahpun kita lupakan. Kerana itulah, bukan suatu yang aneh jika ada senior yang menyebut, "Alaa senang je tu.. Cuma buat ni, buat tu.." Dan, mungkin juga kita sering juga menyebut pada adik-adik kita, "PMR? Kacang je. Abang dulu study main-main je. Oke je result !" Begitulah ajaibnya kehidupan kita. Selepas ini, dihadapan kita masih pelbagai ragam masalah yang belum kita lalui. Cuma, ingatlah! Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya. Berdoa dan berusahalah.

Tora datang lagi!

:)

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum

Terbaca pesan seorang Ustaz, "Ramadhan yang berlari seperti seekor kuda perang dan kita yang merangkak seperti kura-kurang yang hilang berahi.." Muhasabah buat diri. Malam ini sudahpun masuk malam ketujuh bulan Ramadhan. Enam hari dibulan Ramadhan telahpun berlalu. Bagaimana catatan ( check-list ) amalan harian kita? Adakah bertambah baik? Adakah masih istiqamah? Seharusnya, bagi yang melazimi atau berazam untuk tilawah satu juzuk sehari, malam ini sudahpun selesai juzuk yang keenam. Bagi mereka yang kurang sedikit dari itu, paling minimum, sudahpun selesai juzuk ketiga. Ustaz Drs Muchlis Abdi pernah menyebut, antara kesilapan ketika dibulan Ramadhan adalah puasanya tidak OPTIMUM dan tidak MAKSIMUM. Apa bedanya? Optimum yang dimaksudkan oleh Ustaz adalah seluruh dirinya berpuasa. Bukan sekadar tidak menjamah makanan dan minuman, tetapi hatinya dijaga dari berperasangka buruk, lisan dijaga agar tidak menyakiti, penglihatan tertunduk dek takutnya dosa, dan segalanya...

Konspirasi gila

Semua engkau mahu katakan konspirasi? Mesir itu konspirasi. Libya itu konspirasi. Tunisia itu konspirasi. Syria itu konspirasi. Semuanya konspirasi? Ketika di tilam empuk, dihembus kipas yang damai, menghadap laptop, engkau mudah berkata yang berpanasan berjuang itu konspirasi. Apakah mahu aku letakkan senapang di kepala kau baru dikatakan bukan konspirasi? Keluarga mereka dibunuh. Tanpa senjata yang mencukupi, mereka tetap berjuang. Oleh kerana peluru dan bom disasarkan ke arah mereka, kita yang ditilam empuk ini mudah mengatakan KONSPIRASI. Hiduplah engkau dalam konspirasi. Kami mahu hidup dalam realiti.

Nak makan apa berbuka nanti?

Ayat yang sama, tapi bila diungkap oleh orang yang berbeza, memberi makna yang berbeza. Apabila kita menyebut, "Nak makan apa berbuka nanti?" Memberi makna kita terfikir-fikir makanan apa yang mahu dibeli untuk berbuka. Kerana terdapat sekian banyak pilihan yang ada. Tapi, apabila sahabat kita di Palestin atau Somalia menyebut, "Nak makan apa berbuka nanti?" Adakah mereka juga sama dengan kita; bingung memikirkan juadah apa yang nak dimakan (kerana banyaknya pilihan)? Atau kerana ketiadaan makanan, apakah alas perut, biarpun sedikit yang mampu mengisi kelaparan mereka.

Sekadar Video

Entahlah adakah sesuai atau tidak video ini. Tanpa merasakan video ini penyebab 'hilang thiqah', silalah layan :) Ianya bertajuk, "Message Undeliverd" ataupun, secara terjemahan langsung, Pesanan Tak Terkesampaian. Selingan yang benar-benar selingan. .