Catatan

Proses menuntut ilmu

Ibnu Qayyim al-Jawziyyah rahimahullah menegaskan di dalam Miftaah Dar al-Sa’aadah, bahawa proses menuntut ilmu itu terbina daripada enam peringkat: Bertanya soalan dengan adab yang baik Diam dan mendengar dengan penuh tumpuan Memahami ilmu yang diajar dengan baik Mengingati apa yang diajar (menghafal) Mengajar apa yang telah dipelajari Mengamalkan apa yang telah dipelajari

Aku Kata Aku

Imej
"Aku ni kaya ke?" "Apa yang aku ada? DSLR, handphone, laptop, duit elaun, pakaian.. Itu je." "Tu boleh dikira kaya ke?" "Kalau macam tu, ramai la orang dikira kaya." "Nampak sangat aku tak kaya." "Benda yang ada nipun bukan duit aku cari sendiri." "Ada yang parents bagi.." "Ada yang JPA bagi.." "Tapi, sah-sah la aku kena khidmat untuk dia (kerajaan) balik." "Dah tu, apa je yang betul-betul aku ada?" "Takda apa-apapun." "Laaaa.. Aku takda apa-apapun sebenarnya." "Dengan nikmat yang sikit nipun aku tak mampu bersyukur." "Asik nak berharap nikmat bertambah lagi." "Nak beli lens.." "Nak beli iPad.." "Nak beli tu.. Nak beli ni.." "Tak puas betul." "Padahal nikmat yang sikit nipun aku dah susah bersyukur." "Bertambah nikmat, haruslah bertambah syukur."...

Orientasi- oriented

Merasakan diri paling benar adalah sindrom yang sangat bahaya. Ianya bukan sahaja mematikan kebenaran, tetapi menumbuhkan suatu barrier nilai yang 'senget'. Ketika dalam berjemaah, perlu disedari ianya adalah wadah ataupun alat. Bukanlah tujuan. Namun, garis pemisah ini (antara alat dan tujuan) sangat tipis sehingga seringkali sukar untuk dibezakan. Terdapat pelbagai lagi wadah yang lain. Yang menjadi pembeda, kerana manhajnya. Suatu ketika dahulu, (mungkin hingga kini) diri ini dikatakan bersifat program oriented . Apakah yang dimaksudkan itu? Kerana menjadikan alat sebagai subjek utama. Itu kata mereka. Tanpa perlu memberi alasan, kita diskusikan dengan cara yang mudah. Objektif dan program. Objektif dalam bahasa 'Islamik'-nya adalah hadaf. Program pula- kita mudahkan ianya adalah alat ataupun wadah. Oleh itu, mengambil dua contoh di atas. Kita mudahkan untuk memahami dalam tafsiran yang jelas. Program dan jemaah menjadi subjek. Dan keduanya memiliki sifat sebagai al...

Baiknya Dia dan Curangnya Kita

Imej
Kita tolong top-up kredit makwe tiap bulan, call dia setiap malam, belanja makan untuk dia, bagi hadiah time birthday, habis duit elaun pasal date dengan dia, kira semuanya kita bagi. Tetibe nampak diorang keluar dengan pakwe baru, mesra sesangat. Apa rasa? Mesti marah tahap gaban. Dah makwe tu cakap, "i cinta you sampai mati.." Tak mati lagi dah buat macam ni. Cess.. Haha. Tu baru kita dengan makwe. Dah tu, kita mengaku kita ni pecinta sejati (melalui syahadah) pada Dia setiap masa, setiap keadaan, setiap tempat. Tapi dah berapa banyak kali kita curang pada Dia? Kita perlukan pertolongan baru nak cari Dia. Time dia panggil dating (azan), kita lambat-lambatkan. Tapi bila kena buat jahat sikit baru nak menadah tangan mohon pertolongan dan bersujud pada Dia. Nasib Dia sangat-sangat baik. Setia dengan kita. Huhu.. (T.T) teruknya kita.

Mendidik Budak Kecik

Imej
[Gambar Hiasan] Foto satu-satunya anak buah (setakat ini). Abangku minat komik dan anime,  jadi inilah hasilnya. hehe. Jika anda seorang guru sekolah dan ditugaskan untuk mengawal pelajar ketika perhimpunan. Kemudian, anda mendapati seorang pelajar memakai pakaian yang tidak mengikuti peraturan sekolah, apakah yang perlu anda lakukan? Haaa, sila jawab! :) Mungkin cara yang biasa kita lihat, terdapat guru yang akan menarik pelajar tersebut untuk berdiri di hadapan. Terdapat juga guru yang langsung denda atau merotan pelajar terbabit.  Cara-cara denda yang dilakukan kebanyakan menjatuhkan maruah pelajar. Saya teringat ketika di sekolah menengah dahulu, Guru Penolong Kanan pernah memberitahu bahawa beliau lebih suka memalukan pelajar yang membuat kesalahan. Sebab baginya, pelajar akan ingat peristiwa tersebut dan tidak akan mengulanginya. Tapi benarkah dengan menjatuhkan maruah seorang pelajar akan membuatkan beliau akan lebih berdisplin? ...

KONY, Syria dan Palestin

Baru-baru ini, tersebar luas video dokumentari bertema KONY 2012. Saya kurang berminat untuk memeriksa ianya sahih atau tidak. Jika ianya isu kemanusiaan, dengan jelas kita menyokong ianya diperjuangkan. Cuma kecewa, antara ada dua perkembangan. Isu kemanusiaan dan isu aqidah. Isu Palestin dan Syria membabitkan saudara seaqidah kita. Ianya tidak mampu menjadi perhatian.. adakah kurang sensitif atau tiada rasa kebersamaan antara KITA (sesama Muslim). Isu Syria bukan hal yang baru. Ianya telah setahun berlalu, sehingga kini mereka masih ditindas oleh regim yang zalim. Pemimpin dari golongan Syiah bersatu menyembelih, membunuh dan menzalimi golongan sunni di sana. Malah, negara yang dikatakan 'pro-Islam' yakni Iran, kuat menyokong tindakan si celaka Bashar al-Assad. Isu Palestin pula, apakah yang sedang berlaku? Tahukah kita apa itu Global March to Jerusalem? Isu Palestin membabitkan isu kemanusiaan dan aqidah. Mana mungkin kita tak ambil peduli.

Catatan Jaulah Osem #01

Imej
Beratur untuk menaiki pesawat ke Surabaya. Kami memilih Batavia kerana agak murah ketika itu. "Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu ooh.. Hati ku rasa sesuatu.." Berkali-kali lagu ni cuba mengejutkan aku. Sampai habis bateri handphone , tak bangun-bangun juga. Tiba-tiba junior datang ketuk pintu bilik untuk kejutkan. Eh, kami ada misi hari ini! Sepatutnya bertolak ke bandara ( airport ) jam 3.45 pagi. Tapi, disebabkan bangun terlambat dan barang tak kemas lagi, bertolak agak lewat sikit. Sindrom post-exam membuatkan aku sangat-tersangat-sangat malas untuk berkemas sebelum tidur. Teksi kuning sudahpun menunggu. Seperti biasa mahasiswa Malaysia di sini, kami menggunakan perkhidmatan syarikat "Taxi-ku". Sebabnya, bayaran tol akan ditanggung teksi. Boleh jimat sikit! Selesai mandi dan berkemas, kami bertolak ke bandara. Jalan lengang. Tak banyak kenderaan. Lama perjalanan dari ruma...