Catatan

Ringkas

Assalamualaikum wbt. Dah sebulan blog ni tak di update . Dah banyak kali log-in, buka new post , tapi biarkan tak bertaip. Akhir sekali, tutup macam tu je. Banyak perkara nak dikongsikan. Kisah bersama Dr Haleem, cerita persatuan, ringkasan kajian, ta'lim, jumpa orang, nasihat.. banyak. Tapi nantilah dulu. Sambung bila-bila masa. Maaflah dah masuk blog ni, tiada perkembangan. Doakan saya tetap tsabat di jalanNya. Yaa Muqallibal qulub tsabbit qalbi aladdin wa ala thaatiq Wahai yang membolak-balik hati, tetapkanlah hati dalam agama dan ketaatan kepadaMu. Amin.

Mereka Bekerja, Kita?

Imej
Lifeline 4 Gaza | Break The Siege Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain. Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza. Kepungan Rejim Zionis Israel telah membina Tembok Kematian di Gaza dan Tebing Barat, yang telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbesar di ...

Exam

Imej
Gambar Kabur. Telah disediakan sebaik mungkin. Namun apabila diambil. Hasilnya... kabur. Ya, mungkin itulah kita. Letakkan sasaran dan persediaan. Namun hasil yang dapat kurang memuaskan. Janganlah berputus asa. Orang mukmin itu sentiasa optimis dalam melihat seuatu keadaan. Putus asa bukan kalimat dalam hidupnya. Insya Allah.. Cuba lagi ya Farid.

"Cerpan"

Sebuah karya dua orang pelajar. Saya menyiapkan sedikit cerpan ini. Seterusnya disambung oleh seorang sahabat setelah dia puas mengutuk tulisan saya. Malangnya, cerpan ini tergantung suku jalan. Mungkin ini adalah promo untuk cerpan penuh. Mungkin je la =P Jadi, sila baca dan kutuk/komen. Sebabnya, sahabat saya juga yang akan terasa nanti. Hehe. Nama sahabat dan jantinanya terpaksa dirahsiakan. Klik full size pada butang kanan bawah Tujuan utama penghasilan benda ni hanyalah untuk dakwah. Saya tertarik dengan penyampaian yang wujud dalam novel 'Tautan Hati' tulisan Fatimah Syarha Mohd Nordin. Jadi tulisan ini hanyalah sebuah modul tarbiyyah yang dibina dalam bentuk jalan cerita. Tidak semua perkara mudah dihadam dengan silibus usrah yang berperingkat. Lebih-lebih lagi, apabila orang tidak mengenal usrah maka bagaimana untuk mereka mengenal marhalah-marhalah yang wujud didalamnya? Jadi ini adalah gambaran konsep kasar dan dibina dalam bentuk penceritaan. Cuma malangnya, ia tidak...

Pertama

Imej
Amanah datang juga. Sama ada diambil sebagai tanggungjawab, ataupun diambil sebagai beban. Ianya menjadi persaksian pada diri di akhirat kelak. Astaghfirullah beratnya. Maafkan atas kekurangan: 1. Saya lemah dalam komunikasi. Untuk menyaksikan saya berucap lama dengan menarik setiap mata dan telinga mendengar, seakan suatu angan-angan kosong. Banyak perlu dipelajari. 2. Hal ini sering terjadi dimana-mana sahaja. Saya lemah sikit untuk menegur dan berkomunikasi dengan perempuan. Jadi jika ianya kelihatan sombong, maaf sangat-sangat. Teringat teguran rakan sekelas perempuan dulu, "Farid, dalam mulut ko ada emas eh? Susah sangat nak cakap". 3. Saya tidak alergi pada teguran/ masukan. Juga tidak lali. Jadi silakan menegur dan memberi masukan. Kata-kata Saidina Abu Bakar, Khalifah pertama selepas kewafatan Nabi saw: Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku t...

Selesai Tugas

Imej
Esok insya Allah akan berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PKPMI-CJ Sesi 2009/2010. Ini bermakna tamatlah sudah tugas kami selama kurang lebih setahun. Alhamdulillah. Ada yang minta saya sambung untuk sesi seterusnya, ada yang tak ambil tahu, dan mungkin ada yang mengharap saya tak terlibat dalam persatuan ini dah. Bagi saya? Bila lihat kembali jadual rancangan lima tahun ke hadapan, pada ruangan semester ke-4 tertulis, "lepaskan jawatan". Apa-apapun, amanah bukanlah suatu tugas yang mudah. Apabila beban diletakkan pada bahu seorang pemimpin, beban tersebut juga yang menjadi persaksian ketika mahkamah Allah kelak. Rasulullah Saw bersabda, “Jika amanah disia-siakan, tunggulah saat kehancuran”. Sahabat bertanya: “Bagaimana menyia-nyiakan amanah itu?” Rasul menjawab: “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya” (HR Bukhari) Dari Abu Dzar, dia berkata: " Saya berkata : 'Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak memilih saya?' Rasu...

Respon 25hb

Imej
Islam merupakan agama yang mudah. Malah ia bertepatan dengan fitrah semulajadi manusia. Di dalamnya tersimpul pelbagai permasalahan manusia yang dapat dirungkai dengan dua pedoman utama yakni al-Quranul Karim dan Sunnah. Apabila telah terpatrinya kalimat tauhid, La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah, maka secara jelas perhambaan diri kita pada Allah. Ya, kita hamba! Tidak kiralah anda anak orang kaya, anda pelajar Ukrida, anda AJK PKPMI, ataupun sesiapapun anda, yang jelasnya kita semua adalah hamba Allah SWT. Yang menjadi ukurannya adakah kita mahu menuruti perintah Allah SWT atau kita meninggalkannya, bahkan lebih teruk jika kita menghina hukum Allah SWT, nauzubillah. Terima kasih pada sahabat yang mengingatkan saya tentang acara hiburan yang akan diadakan nanti. Apabila terjadinya acara begini, tak kisahlah bawah anjuran siapapun, malah jika bawah PKPMI-CJ sendiri, saya amat takut ianya tergelincir dari batas Islam. Talent’s Day anjuran kelompok pelajar Ukrida yang kebanyakannya ...