Selesai Tugas



Esok insya Allah akan berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PKPMI-CJ Sesi 2009/2010. Ini bermakna tamatlah sudah tugas kami selama kurang lebih setahun. Alhamdulillah.

Ada yang minta saya sambung untuk sesi seterusnya, ada yang tak ambil tahu, dan mungkin ada yang mengharap saya tak terlibat dalam persatuan ini dah.

Bagi saya?

Bila lihat kembali jadual rancangan lima tahun ke hadapan, pada ruangan semester ke-4 tertulis, "lepaskan jawatan".

Apa-apapun, amanah bukanlah suatu tugas yang mudah. Apabila beban diletakkan pada bahu seorang pemimpin, beban tersebut juga yang menjadi persaksian ketika mahkamah Allah kelak.
Rasulullah Saw bersabda, “Jika amanah disia-siakan, tunggulah saat kehancuran”. Sahabat bertanya: “Bagaimana menyia-nyiakan amanah itu?” Rasul menjawab: “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya” (HR Bukhari)
Dari Abu Dzar, dia berkata: " Saya berkata : 'Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak memilih saya?' Rasulullah bersabda: 'Hai Abu Dzar, engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajibannya dan memenuhi tanggungjawabnya” (HR Muslim)




----
[1] Tiada paksaan untuk datang ke Mesyuarat pada kali ini. Semuanya bergantung kepada anda. Mungkin boleh baca artikel tulisan Ustaz Hasrizal bertajuk, ‘Aku Tidak Peduli’sma: Ideologi Siswazah Jumud & Tidur.

[2] Insya Allah kami tidak alergi terhadap kritikan. Jadi hadirkanlah diri untuk kami mengetahui idea anda dan dapat diambil inputnya oleh sesi hadapan.

[3] Berharap sangat ramai yang hadir. Kami dah tempah makanan untuk 200 orang.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
dgr2 gosip anda akan dinaikkan sebagai YDP...if jd kenyataan lah...usahakan lah PKPMI lebih digerakkan berbanding tahun ini...xpun if anda nak melepaskan jawatan dlm PKPMI, saya cadangkan anda cuba lah pegang jawatan dalam UMSA dalam AGM nanti...supaya dpt perbetulkan n memandu semula mahasiswa Malaysia UKRIDA pada prinsip n tujuan asal ke sini.
Satu lagi memandangkan selepas ini most of student Malaysia di UKRIDA sahaja cuba2 lah galakkan secara terbuka untuk meghadiri majlis2 anjuran PKPMI or Kedubes...if not, sampai bila2 xkan bertemu n bersatu hati.

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum