Pertama


Amanah datang juga. Sama ada diambil sebagai tanggungjawab, ataupun diambil sebagai beban. Ianya menjadi persaksian pada diri di akhirat kelak. Astaghfirullah beratnya.

Maafkan atas kekurangan:
1. Saya lemah dalam komunikasi. Untuk menyaksikan saya berucap lama dengan menarik setiap mata dan telinga mendengar, seakan suatu angan-angan kosong. Banyak perlu dipelajari.

2. Hal ini sering terjadi dimana-mana sahaja. Saya lemah sikit untuk menegur dan berkomunikasi dengan perempuan. Jadi jika ianya kelihatan sombong, maaf sangat-sangat. Teringat teguran rakan sekelas perempuan dulu, "Farid, dalam mulut ko ada emas eh? Susah sangat nak cakap".

3. Saya tidak alergi pada teguran/ masukan. Juga tidak lali. Jadi silakan menegur dan memberi masukan.

Kata-kata Saidina Abu Bakar, Khalifah pertama selepas kewafatan Nabi saw:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum