Syukur

Bismilahirrahmanirrahim.



Ya Allah kami pohon dariMu,kurniakanlah hidayahMu ke atas diri kami. Kau sinarilah hati-hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami tetap pada jalanMu. Kau kekalkan dan pertingkatkanlah iman dalam hati-hati kami. Janganlah kau cabut iman kami walaupun sebentar. Kerna kami akan lemah tanpa keimanan padaMu. Sesungguhnya kami amat berharap padaMu Ya Allah..

Ana pernah berada dalam keadaan yang amat-amat risau tentang sahabat ana. Harap apa yang ana luahkan ni bukan niat untu menyinggung hati mana-mana pihak. Sahabat ana tersebut merupakan seorang muslimah (bertudung labuh), berkeperibadian lembut dan sopan. Boleh dikatakan, akhlaknya jelas berkeperibadian mukminah sejati. Namun atas nama cinta pada makhluk, segala-segalanya berubah. Mutiara yang berkilau kian pudar sinarnya. Kesucian baldu dicemari nafsu bukan pada yang perlu. Hidupnya kian lama kian ternoda kerna cinta pada seorang lelaki yang tidak halal baginya. Segala-segalanya diserahkan tanpa dikira apa azab di depan sana. Apakah masa depanmu wahai musimah? Adakah kau sangka hidup didunia ini selama-selamanya? Dimanakah kalimah-kalimah indah yang sentiasa berbunga dibibirmu?

Ya Allah kumohon padaMu, selamatkanlah sahabatku dari tipu daya dunia. Kau hindarilah hatinya dari lembah kemaksiatan. Hanya padaMu aku memohon dan meminta pertolongan. Sesungguhnya hambamu tiada daya tanpa pertolongan dariMu.
Dari situ, ana mula sedar. Iman yang kita nikmati ini jarang disyukuri. Jarang kita menghargai hadiah paling berharga dari Sang Pencinta yang hakiki. Ana risau, jika iman yang kita semua nikmati ini akan hilang manisnya angkara dosa noda yang kian hari menerjah hamba yang alpa ini.

Apa khabar iman dihati? Moga soalan ini sering menerjah diriku agar sentiasa muhasabah diri. Dan agar menjadi hamba yang tidak lupa untuk bersyukur. Insya Allah.

Ana coretkan sedikit petikan dari novel tarbiyah, Tautan Hati karangan Fatimah Syarha Mohd. Noordin. Agar menjadi pedoman bersama.


Adikku,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Adikku,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

'Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.’ Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai adikku sayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal, dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.

‘Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik...’


Ulasan

Unknown berkata…
wah.
karya ini amat menyayat hatiku.
tanpa sedar ku jua mengalirkan mutiara mataku..
kerna ku jua ada sorg kawan mcm tu.
bagus sekali karya ini...
farid ramli berkata…
syukran..
segalanya dari Allah..
puja dan puji hanya layak bagiNya..

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum