Catatan

Mencuba

Imej
Baru-baru ini terfikir idea untuk mencuba berniaga kecil-kecilan. Tinggal di Indonesia ini, banyak advantage yang boleh didapat. Salah satunya, meniaga kain! Jadi saya bersama seorang rakan dalam tempoh percubaan meniaga hanya satu jenis barang, iaitu telekung. Kedai masih belum dibuka, barang-barang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mudah-mudahan dapat sampai tepat masa dan dalam keadaan elok. Saya hanya sebagai pembekal dari Indonesia, manakala rakan saya, Incik , sebagai pengedar di Malaysia. Sama-sama bekerjasama. Orang tua-tua cakap, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tapi, rezeki itu milik Allah. Semoga dipermudahkan, Insha Allah. Kenapa nama Tecomu? Saya tak reti untuk letak nama-nama yang 'comel'. :) Maka, tugas tersebut diberikan kepada Incik. Terhasillah nama tersebut. Kerana sasaran pembeli adalah kaum hawa, jadi design badge di atas juga dibuat sesuai dengan sasaran. ________ [1] Incik walaupun namanya Incik yang konon-konon macho, beliau adalah makhl...

Katakanlah yang benar

Imej
Saya ada menulis status di Facebook peribadi berkenaan keberanian Syeikh Sya'rawi menegur Presiden Mesir ketika itu, Hosni Mubarak. Saya pernah melihat video beliau suatu ketika dahulu. Pastinya anda tahu mengenai ke-ditaktor-an Presiden Hosni Mubarak. Namun ianya tidak menggerunkan Ulama' ini. Pada video Eskay, saya tidak tahu beliau merujuk pada Ustaz mana berkaitan sumpah laknat yang beliau lakukan. Kerana kebanyakan para ustaz di Malaysia tidak bersetuju dengan sumpah laknat tersebut. Ianya suatu yang tiada dalam agama Islam. Kerana itu, sebelum dia bersumpah, Ustaz Shamsul Firdaus Al-Hafiz telah duduk dihadapan mereka bertiga dan menasihati dengan tertib. Tahniah buat keberaniannya. Berikut merupakan nasihat yang disampaikan oleh Syeikh Sya'rawi sewaktu Presiden Mubarak berada disampingnya. Teks terjemahan terdapat dibawah. Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya'rawi), wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku ti...

Terima kasih

Imej
Untuk bulan ini, blog Minda Syabab ini sering dikunjungi berkaitan perihal Matrikulasi melalui artikel saya: Kolej Matrikulasi KPM . Ini bermakna, sesi baru kemasukan pelajar Matrikulasi akan tiba. Tahniah buat kalian kerana mendapat tawaran dan tahniah juga kerana berinisiatif untuk lakukan sedikit research berkaitan matrikulasi. Info yang saya catatkan berkenaan matrikulasi adalah info pada 2008, dan ianya hanyalah pengalaman peribadi. Pastinya banyak yang berubah. Tetapi soal asas bagi matrikulasi pastinya tidak banyak yang berubah, seperti kod pemakaian, subjek dan sebagainya. Blog ini, walaupun tidak dikemaskini, ramai yang sering masuk terutamanya melalui carian berkaitan Nikah Khitbah. Ianya hanya artikel yang mencantumkan tulisan Ustaz Mazlee Malik. Bukanlah tulisan saya. Saya juga musykil kenapa blog ini yang dirujuk. Rupa-rupanya, melalui carian Nikah Khitbah di Google, blog ini antara teratas berkaitan Nikah Khitbah. Pernah juga yang masuk blog ini, melalui folder ko...

Tulisan, Buku dan Input

Imej
Kali pertama saya menulis blog ini adalah pada bulan Ogos 2008. Ketika itu baru saja tiba di Tanah Jawa ini. Kini, sudahpun April 2011. Hampir 3 tahun sudah umur blog. Tetapi umur blog tidak melambangkan apa-apa. Penulisan semakin berkurang, dan artikel-artikel ilmiah jarang saya dapat siapkan. Mungkin sebabnya adalah kurangnya input dalam diri, ataupun terlalu lama menangguhkan penulisan, ataupun saya lebih tertumpu pada mini-blog iaitu Facebook. Ketiga-tiga sebab tersebut semuanya benar. Pada pesta buku yang lalu, saya akui, banyak buku yang saya impikan untuk dimiliki. Tapi dalam simpanan saya masih banyak lagi buku yang tak terbaca, termasuklah buku-buku Medik. Malu pada buku. Dalamnya tersimpan khazanah ilmu, tinggal untuk kita baca dan fahami saja. Kelmarin, terdapat sahabat yang menghadiahkan saya dengan buku-buku. Terkelu lidah untuk menerimanya. Jazakallah khairan khatira. Ini antara buku pemberiannya: Pemikiran Islam Di Malaysia karya Dr Abdul Rahman Abdullah, Anekdot k...

PERMAI 2011

Imej
Afwan, kerana membiarkan blog ini tidak diisi buat kesekian kalinya. Agak sibuk dengan persatuan dan pembelajaran. Sekarang sedang optimis dengan penganjuran Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (PERMAI 2011). Mohon sahabat-sahabat yang dapat membantu kami dalam promosi dan pencarian dana program ini. Lawati blog http://permai2011.blogspot.com/ untuk maklumat lengkap.

Dalam Dekapan Ukhuwah

Imej
karena beda antara kau dan aku sering jadi sengketa karena kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran karena satu kesalahanmu padaku seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali: “jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara” mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja menjadi kepompong dan menyendiri berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam bertafakkur bersama iman yang menerangi hati hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi dengan persaudaraan suci; sebening prasangka, selembut nurani, sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh janji Dalam Dekapan Ukhuwah ini hanyalah buku tertier tulisan Salim A. Fillah. Mungkin dikalangan muslimat pernah membaca salah satu buku tulisannya, Agar Bidadari Cemburu Padamu. Saya tertarik deng...

Bangkit pemuda

Bangkitlah segera wahai pemuda Jangan terlalaikan oleh buai dunia Di sana ada negeri Islam terluka Sadarkan jiwamu untuk membela