Catatan

Ingat mati

Imej
Assalamualaikum.. Penah dengar talkin dibacakan tak? Ana penah sekali je dengar talkin. Masa tu baru form 1 kot. Ade anak jiran meninggal. Masa tu kurang tau apa la maksud ustaz tu baca talkin. Tapi ada suatu yang terkesan dalam hati ana. Jiwa ni jadi risau dengan amalan yang dilakukan sepanjang hayat. Entah bila kita akan dipanggil menghadap yang Maha Esa. Entah esok, entah lusa. Bersedia ke kita? Apakah yang kita lakukan selama ni cukup melahirkan rasa syukur kita sebagai hamba Allah? Agak-agaknya dimana letaknya kita diakhirat nanti? Macam mana nasib kita dinegeri yang kekal abadi tu? Kehidupan di alam barzakh tak memberi apa-apa manfaat pada kita. Segala-galanya terputus apabila nyawa terpisah dengan jasad melainkan tiga perkara. Ilmu yang bermanfaat, amal jariah sepanjang hayat dan doa anak yang soleh. Takutkah kita menghadapi kematian? Ataupun kita benci terhadap kematian? Jangan la kita tergolong dalam golongon yang disebut oleh baginda Rasulullah saw sebagai al-wahn. Yakni golo...

Komunikasi dua hala part 2

sambungan dari post sebelum ni.. “Lama betul saya tunggu nak jawab. Tukang tulis ni pemalas betul la. Saya dah lama la jugak buat kerja ni. Dari kecik sampai besar, ni je yang saya tahu. Jaga kambing betul-betul. Pastikan semuanya bereh. Bagi makan cukup-cukup. Pastu simpan dalam kandang. Pasal dunia lain pun saya kurang arif. Orang lain duk sibuk kejar duit berjuta-juta, rumah besar-besar, kawan-kawan berfoya-foya, pangkat tinggi-tinggi. Tapi yang saya ada kat sini lagi besar dari diorang. Orang mungkin lihat saya ni lemah, miskin dan hina.” Kata-kata yang bermakna terpacul dari bibir Annas, lelaki arab dengan baju yang lusuh namun tetap kemas. Ada suatu yang tersimpan dalam kalbunya yang ingin dibicarakan. “Kiranya ada suatu yang bermakna itu apa wahai orang budiman?” Pertanyaan lagi yang dibalas oleh Si Pemuda Siam tersebut. Mulutnya kagum hingga ternganga, hidungnya kembang, matanya bulat terjujul. Dasyat sungguh. “Apakah yang dicari homo sapiens kat dunia ni? Jika kau inginkan w...

Komunikasi dua hala

Merapu hala karangan ana..saksikan tayangannya. The beginning~ Satu hari sedang enak dibuai alunan desiran alami padang pasir, seorang pengembala bernama Annas ternampak dari jauh bayangan homo sapien seolah-olah menuju kearahnya. Mungkin disangkanya fatamorgana melamunkan diri orang tersebut yang sedang sendirian melewati gersangnya tanah yang terik. Annas bersahaja. Tiada apa yang dirisaukan. Seharian tugasnya, memang banyak kerabat spesies homo sapiens yang melalui kawasan tersebut. Ada yang lagaknya hebat, tapi hatinya kecil. Baru disambar kicauan angin padang pasir, sudah gelisah. Merapu marahkan angin. Haha. Annas tersengih sendirian. Mungkin kisah itu baru dilaluinya. Tapi hatinya terluka. Kenapalah homo sapiens ni terlupa kakinya tetap ditanah walaupun kata-katanya melambung ke awangan. Silap-silap, jadi doa yang binasakan diri sendiri juga akhirnya. Pohon berduri tak pernah iklankan dirinya berduri. Tak ada masa nak buat kerja tu. Lagi elok dipanjang akarnya, usaha untuk hidu...

Ketika Usaha Dakwah Terhenti

Assalamualaikum.. Karena kesempitan masa, dalam catatan kali ni, ana hanya sempat mengambil bayan daripada Abdurrahman Pathalung di Yala-Thailand. Apa yang disampaikan adalah berkenaan usaha dakwah. Catatan ni hanya ringakasan, bukanlah bayan penuh. Insya Allah apa yang baik dapat kita amalkan dan sampaikan. Ketika Khadijah rha. menemui suaminya Baginda Muhammad SAW. Ia (Khadijah rha) baru saja pulang dari rumah Waraqah. Ia menanyakan tentang tanda-tanda kenabian yang ada pada suaminya, pada saat itu lah Rasulullah SAW menerima wahyu ke-dua awal surah Al-Mudatsir. Rasulullah SAW kemudian berkata kepada istrinya "Tidak ada waktu lagi untuk istirahat... Jibril AS telah menyampaikan perintah Allah SWT kepadaku agar aku menjumpai setiap orang untuk mengajaknya kepada Islam, wahai istriku siapakah orang yang akan mengikutiku". "Aku ya Rasulullah, aku mengimani bahwa Allah SWT tiada tuhan selain Dia dan engkau adalah Rasulullah" Jawab Khadijah rha. Demikianlah awal pengor...

Hari ni dalam hari-hari

Imej
R asanya lama juga tak update blog ni. Time ni mesti semua umat Islam tengah meraikan hari kemenangan. Beraya bersama keluarga tercinta, jumpa balik sanak saudara, ziarah jiran tetangga, dan macam-macam lagi aktiviti la. Paling kurangpun duk depan tv,tengok cerita (ni yang selalu buat parents marah, tengok tv je keje, ajak pi umah sedara semua tak nak). Rasanya raya ceria tak tanpa tv? Kita try tanya menteri la eh.. Kita : Pak menteri, apa pendapat pak tentang hal ni eh? Pak Menteri : Apalah hari raya tanpa TV dan radio. (jawapan ni bukan direka, petikan dari utusan) B estkan jawapan dia? Jadi sebagai orang yang tak abih sekolah lagi ni, ana tak reti nak ulas. Apa yang beliau cakap tu mungkin ada benar dan ada salahnya. Tepuk dada,tanya iman (Dush,dush..iman, enta rasa ape?). P etang tadi masa tengah boring guna laptop sahabat ana, try la tengok-tengok hal ehwal semasa. Ada la pulak ana tertengok video pasal Aspirasi dengan PMIUM. Saja nak tengok perkembangan politik bagi dunia mah...

Hasil vs Usaha

Imej
Alhamdulillah, ana diberi kesempatan lagi untuk mencoretkan lagi sedikit pedoman untuk diri ana terutamanya dan sampaikan sedikit yang ana dapat kepada teman-teman sekalian. Ana kronologinya seringkas mungkin namun insya Allah intinya tidak terpisah dari apa yang hendak disampaikan. Hari ini seperti sebelumnya, ana akan berbuka puasa bersama teman-teman serumah. Di Jakarta ni waktu berbukanya lebih kurang pukul 6 lebih. Risau juga ketika mula-mula datang di sini sebab telah terbiasa dengan waktu solat di Malaysia. Takut nikmat ni ditarik akibat diri yang alpa. Nikmat bersolat, menghadap Ilahi, bersyukur atas segalanya, memohon ampun bagi setiap masa dan memiliki hati yang taat pada al-Khaliq. Sesudah itu tunaikan solat maghrib dan berangkat ke masjid bersama teman-teman. Bagi masjid tempat ana solat, solat terawikh dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam. Dan setiap malam akan di adakan sedikit tazkirah seusai rakaat kelapan. Jika sebelum ini, ketika tazkirah, mata ana akan berbu...

Marhaban ya Ramadhan

Imej
Alhamdulillah Ramadhan menjelma lagi. Ahamdulillah diri yang lemah ini dapat merasai berada di bulan penuh tarbiyah ini. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat dimanfaatkan dengan hati yang sentiasa beribadat pada Ilahi. Insya Allah. Pertama kali diri ini dapat merasai menjalani ibadat puasa tika di rantauan. Di negeri orang, tentunya adat dan budayanya berbeda. Suasananyapun tidak semeriah di Malaysia. Namun diri ini perlu menjadi insan yang bersyukur kerna ditemukan dengan bulan yang mulia ini. Bulan yang mana, Rasulullah bersabda, ‘Ketika datang Ramadhan, dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka dan dibelengggulah syaitan’ (muttafaqun ‘alaih) Insya Allah sama-sama kita tanamkan azam untuk dipertingkatkan amal ibadat dan disemai benih ketakwaan serta ketaatan. Jangan lupa untuk siram dengan usaha yang istiqamah pula. Nanti pohon yang disemai kian layu. Peringatan buat diriku yang sering alpa, Wahai engkau yang tidak cukup melakukan dosa pada (bulan) Rajab Lalu engk...