Ultah 22

Gambar hiasan
Hari ini, jika dilihat kalender Masihi, genaplah usia saya ke 22. Sedangkan, jika dilihat kalender Hijriah, tarikh lahir saya jatuh pada 24 Safar 1410 H. Bermakna, sudah lapan bulan saya menginjak usia ke-22.

Budaya Ultah Setempat
Jika di Indonesia, mereka sering mengucapkan selamat hari lahir sebagai, "Met Ultah". Ini merupakan bahasa gaul (bahasa pasar) bagi Indonesia, khususnya Jakarta. "Met" berasal dari perkataan- selamat, manakala "Ultah" adalah singkatan bagi- ulang tahun.

Dan, tradisi bagi Indonesia, orang yang menyambut tarikh lahir perlu membelanja rakan-rakan yang lain. Agak berlawanan dengan di Malaysia, iaitu orang yang menyambut hari lahirlah sepatutnya dibelanja. Kerana itu, pada tahun pertama, sering terdengar rakan-rakan Indonesia menyembut, "Traktir donk!". Traktir bermaksud belanja. Jadi mereka meminta kita membelanja, dalam nada bersahabat.

Apa pentingnya ulang tahun?
Bagi saya, ulang tahun tidak lebih sekadar kesyukuran kita masih dikurniakan usia dan peringatan bahawa tempoh masa kita di dunia makin berkurang.

Usia kita ini merupakan nikmat yang Allah kurniakan. Seringkali kita tersalah anggap, bahawa nikmat itu umpamanya dikurnia wang/harta, ataupun sesuatu yang berharga. Sedangkan sekeliling kita ini merupakan nikmat karunia Allah SWT. Paling mudah, cuba kalau Allah tarik nikmat mengkelipkan mata, tak lama, cuma 1 jam. Apa kita rasa?

Kerana itulah, kita hanya akan terasa suatu itu nikmat, apabila ianya kehilangan nikmat tersebut. Apabila sakit, barulah ingat nikmat sihatnya tubuh badan, dan jangan pula, apabila mati, baru nak sedar nikmat hidup dunia ini yang menuntut kita agar bersyukur.

Apabila kematian datang kepada seseorang dari mereka, ia berkata, “Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekalikali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada Barzakh (pembatas) hingga hari mereka dibangkitkan. (QS 23:100) 
---------------------------
Syawal tinggal lagi beberapa hari.

 29 hari Puasa Ramadan + 6 hari Puasa Syawal = Sama dengan puasa SETAHUN (365 Hari). Best! :)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam...selamat hari lahir..
farid ramli berkata…
Wsalam. Terima kasih encik takda nama.

Catatan popular daripada blog ini

Lagu : Zikraa

[Kemaskini] Kolej Matrikulasi KPM

Mereka yang dari pintu ke pintu