Lihat Perak

Assalamualaikum

Perbincangan pertama

Walaupun agak terlambat untuk membincangkan perkara ini, tapi ianya belumlah menjadi lapuk. Isu utama yang menjadi pokok perbincangan kali ni ialah : Peralihan kerajaan (pemerintahan) di Perak. Dalam isu ini, saya hanya mengambil peranan sebagai mahasiswa yang peka terhadap perkembangan dalam negara. Oleh itu, persoalan yang dikemukakan adalah bersifat neutral.

Isu Perak ini amat berkait dengan hubungan antara kerajaan negeri yang seperti sedia maklum sebelum ni dimiliki oleh Parti Rakyat, dengan sistem pemerintah beraja di Perak sendiri. Dalam situasi yang melanda sekarang, peralihan kuasa yang berlaku dengan tertubuhnya kerajaan baru majoriti Parti Barisan Nasional menjadikan tanda tanya bagi kebanyakan pihak. Apakah ianya sah? Dan berapa lamakah ia dapat bertahan?

Saya cuba melihat isu ini dengan mengambil pandangan dari ahli akademik iaitu Pensyarah Undang-undang UIA, Prof. Abdul Aziz Bari. Beliau menyebutkan bahawa terdapat dua-dua cara yang sebaiknya dipilih dalam menangani krisis di Perak iaitu :

  1. Menangguhkan dan menunggu kes ketiga-tiga Adun (terlibat kes rasuah dan lompat parti) selesai, dan
  2. Membubarkan dewan (sebagaimana Permohonan daripada bekas menteri besar Perak)

Namun dalam hal ini, Raja Perak telah mengambil langkah dengan menubuhkan kerajaan baru di Perak. Beliau mengulas bahawa hal ini seharusnya tidak berlaku kerana ia tidak mementingkan suara rakyat dan menimbulkan pelbagai kesan negatif pada negeri Perak khususnya.

Antara kesan yang dapat akan terjadi adalah ekonomi Perak yang akan merosot berikutan keadaan yang tidak menarik minat pelabur asing khususnya. Selain itu, imej tidak stabil yang muncul ini akan memakan masa yang lama untuk dikikis.


Bagi saya, apabila berlaku suatu peralihan kuasa secara mengejut dan melulu ini akan membuahkan potensi yang tidak baik bagi kerajaan Barisan Nasional lebih-lebih lagi bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Ini kerana, imej Kerajaan Pusat yang dalam proses pemulihan ini akan tercemar dengan hal yang berlaku.

Seharusnya dalam menangani apa yang berlaku di Perak ini, kita seharusnya menyerahakan kembali kepada rakyat. Ini kerana, apabila rakyat bersuara, tiada hak lagi untuk parti-parti lain untuk campur tangan dalam urusan sesebuah kerajaan negeri.



Perbincangan kedua

Seterusnya berganjak kepada yang kedua. Mengenai taat dan taksub. Sifat saling keterkaitan tersebut dapat dilihat melalui hubungan tiga segi iaitu Karpal Singh, Raja dan juga sebilangan orang melayu.

Apakah yang kita faham tentang taat dan taksub? Adakah yang kita lihat laporan polis yang dibuat terhadap Karpal Singh ini sebagai suatu ketaatan pada baginda Raja ataupun ketaksuban semata-mata?

Jika dilihat pada konteks ketaatan, ya, saya juga tidak menyokong apa-apa bentuk penderhakaan terhadap pemerintah. Ditambah, saya juga tidak menyokong sebarang bentuk penzaliman terhadap pemerintah. Apakah yang dikatakan sebagai penzaliman terhadap pemerintah? Ianya adalah dengan tidak menegur apabila terdapat kesilapan yang dilakukannya.

Dan, dimana pula ketaksuban boleh terjadi sedangkan dilaungkan oleh mereka adalah ketaatan. Ini kerana saya merujuk kepada tiga kes yang berlaku dan dimana peranan golongan ini ketika itu? Kes pertama melibatkan krisis politik di Kelantan sewaktu tahun 1993, krisis memilih menteri besar di Terengganu dan tindakan bank yang cuba menyaman DiPertuan Besar Negeri Sembilan.

Wallahu 'alam

Ulasan

akmal... berkata…
ehm satu percambahan idea adn opini yg perlu diteruskan... Kalau mike org kelate susah hati.. teman org perak ni lagi ler... tak tahu ler ape nak jd dgn negeri teman ni... tapi yg pasti sudah diatur oleh Allah swt... dan perancangan Allah adalah yg terbaik

Catatan popular daripada blog ini

Tentang Mek

Mereka yang dari pintu ke pintu

Puasa: Antara Optimum dan Maksimum