Catatan

Bangkit pemuda

Bangkitlah segera wahai pemuda Jangan terlalaikan oleh buai dunia Di sana ada negeri Islam terluka Sadarkan jiwamu untuk membela

Kongres 2

Imej
Minggu depan ada Ujian lagi. Dan benarlah, hidup ini penuh dengan Ujian.  Kata sahabat, "dalam kubur nantipun ada ujian, kena soal dengan malaikat lagi.." Jadi saya kemaskini (update) blog secara ringkas. Pada 4 Februari 2011 yang lepas saya berkesempatan menyertai Kongres PKPMI, di Bali. Ini merupakan Kongres kedua yang disertai selama saya di Indonesia. Teringat lagi ketika tahun pertama, tak pernah aktif dalam PKPMI, tiba-tiba diberi amanah yang sangat berat.  Terus dilantik sebagai nydp*. Astaghfirullah.  Seterusnya, pada tahun kedua saya bertekad untuk tidak menyambung untuk menyertai mana-mana persatuan. Tapi hasil liqo', saya dipilih untuk terus mengambil amanah dalam persatuan. Tujuannya bagi membuka laluan tarbiyyah. Pelan perancangan 5 tahun saya tak ditepati, jadi terpaksa mengambil jawatan tersebut. Dalam minda saya, yang tercatat, 'hanya wadah tarbiyyah'. Tapi hasil introspeksi dan pengalaman diri, bukanlah perkara yang mudah. Kata seorang akhwat ...

Monolog

Ingin aku luahkan, Cemburu hati ini pada seorang pemuda, Namanya disebut-sebut penghuni langit. Usiaku, lebih dua dekad, Apakah mampu aku menjadi seperti dia? Uwais al-Qarni, Aku benar-benar mencemburuimu! Tapi, izinkan aku menjadi setaat dan sesetiamu kepada ibumu. Benar, aku ingin menjadi sepertimu! "Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"

Ujian 22 (1)

Insya Allah, esok akan menempuhi Ujian Integrasi 1 bagi Blok Neurology and Behaviour Science. Nama blok (mungkin lebih difahami jika disebut modul) menggunakan Bahasa Inggeris, tetapi pembelajaran tetap menggunakan Bahasa Indonesia. Blok ini banyak membahaskan mengenai penyakit-penyakit yang berhubungan dengan saraf dan kesihatan jiwa. Agak menarik belajar mengenai Kesihatan Jiwa (Mental Health), tetapi isi kandungan yang sangat banyak ini agak melelahkan. Doakan semoga dipermudahkan urusan pada esok hari. Rabbi yassir wa la tu'assir.

Belajar kerana Allah

Imej

#1

Tahun masihi sudahpun berganti ke 2011. Saya 'berjaya' membiarkan blog ini kosong tanpa update untuk lebih sebulan. Nak katakan terlampau sibuk, bulan disember lepas saya libur natal dan tahun baru untuk lebih dari dua minggu. Baiklah, sebenarnya perlu menyiapkan teks ucapan bagi Mesyuarat Ahli PKPMI-CJ esok hari. Saja mencuri ruang. Saya ringkaskan apa yang terdapat dalam minda, supaya tak terlewat lagi, ideapun dingin membeku. 1. Terlupa akan tugas dakwah. Atas kekurangan diri ini, banyak yang saya tinggalkan di Tanjung Duren ni. Majlis-majlis ilmu dah jarang diadakan. Astaghfirullah. Minta maaf buat sahabat-sahabat semua. Saya sangat mengharapkan ikhwan dapat mengaturkan sendiri majlis ilmu. Akhwat pula, sentiasa teruskan usaha tarbiyyah, bukan sekadar diruang lingkup usrah. Buat adik-adik 2009 dan 2010, bantu dan wujudkan kembali Biro Agama UMSA atau Halaqah Jakarta. 2. Teringat kata-kata pesanan, "cuti adalah waktu untuk kami BEKERJA". Apa yang dimaksudkan denga...

Selingan

Tak tahu apa yang nak dikemaskini. Bulan November dan Disember agak sibuk. Maaf tiada apa manfaat yang boleh dikongsi. Cuma ada video untuk para sahabat. Dibuat lebih 5 bulan yang lalu. Hanya lirik untuk dihayati. Khas untuk anak perantau jauh mahupun dekat. Pabila ku berada dikejauhan | Adakalanya ku rasa kesepian | Asyik terkenang kampung halaman | Dan jua teman-teman... | Dikala itu kan ku rasa agak kelemahan untuk berjuang | Melihat mereka berbahagia disamping yang tercinta kegembiraan | Ku kesepian.. | Mujur ada teman seperjuangan | Menyatakan kita harus teruskan | Perjuangan ini demi mencari keredhaan Ilahi | Masa muda dilalui hanya sekali | Pergunakannya agar kau tidak kesali di esok hari | Ketenangan ada disini | Tak jumpa kerana kau tak mencari | Kebahagian tersirat dihati | Tak rasa kerana kau tak menghayati