Catatan

Respon 25hb

Imej
Islam merupakan agama yang mudah. Malah ia bertepatan dengan fitrah semulajadi manusia. Di dalamnya tersimpul pelbagai permasalahan manusia yang dapat dirungkai dengan dua pedoman utama yakni al-Quranul Karim dan Sunnah. Apabila telah terpatrinya kalimat tauhid, La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah, maka secara jelas perhambaan diri kita pada Allah. Ya, kita hamba! Tidak kiralah anda anak orang kaya, anda pelajar Ukrida, anda AJK PKPMI, ataupun sesiapapun anda, yang jelasnya kita semua adalah hamba Allah SWT. Yang menjadi ukurannya adakah kita mahu menuruti perintah Allah SWT atau kita meninggalkannya, bahkan lebih teruk jika kita menghina hukum Allah SWT, nauzubillah. Terima kasih pada sahabat yang mengingatkan saya tentang acara hiburan yang akan diadakan nanti. Apabila terjadinya acara begini, tak kisahlah bawah anjuran siapapun, malah jika bawah PKPMI-CJ sendiri, saya amat takut ianya tergelincir dari batas Islam. Talent’s Day anjuran kelompok pelajar Ukrida yang kebanyakannya ...

Muslim Menakluk Eropah

Imej
Masukan ringkas berkaitan video bertajuk Muslim Demographics di bawah. Islam suatu hari nanti akan menawan Eropah. Tetapi bukanlah melalui peperangan dan kekerasan. Realiti ini sangat menggerunkan Eropah. Sehingga sering kita dengar umat Islam di Eropah semakin hari semakin ditekan dengan pelbagai undang-undang. Dan kebebesan individu dilaungkan tetapi mempunyai suatu kenyataan yang pelik, hak individu untuk semua KECUALI untuk umat Islam. Mungkin inilah sekilas mengenai apa yang disebut mengenai- meyakini masa depan adalah milik Islam dalam buku Maza Yakni karangan Syeikh Fathi Yakan. Manakala Muammar al-Gaddafi, Presiden Libya pernah menyebut (terdapat dalam video), “There are signs that Allah will grant victory to Islam in Europe without swords, without guns, without conquest. We don’t need terrorists, we don’t need homicide bombers. The 50+ million Muslims (in Europe) will turn it into a Muslim continent within a few decades.” Sahabat, adakah kita hanya melihat, bersuka ria dan tid...

Generasi Al-Quran Yang Unik

Imej
Gambar Hiasan Apabila membeli alat elektronik pastinya kita disertakan dengan buku panduan. Lebih-lebih lagi mendapat alat yang sangat kita impikan, boleh jadi tak tidur malam hanya untuk membaca buku panduan untuk diaplikasikan. Umpamanya membeli iPhone atau kamera DSLR, puas dibacanya setiap muka surat buku panduan (kecuali yang tulisan bahasa yang tak difahami). Lalu dicuba pada alat tersebut. Tak puas lagi dengan yang terdapat dalam buku panduan, buka pula internet untuk cari sebarang artikel atau forum berkaitan. Begitu bersungguh. Alat elektronik yang fungsinya tak seberapa itupun ada buku panduan, takkanlah manusia ciptaan tuhan yang paling sempurna ini tiada sebarang buku panduan? Soalan mudah sahaja dan jawapannya juga mudah: Al-Quran. Tapi bagaimana kita memperlakukan ianya sebagaimana bersungguhnya analogi buku panduan iPhone di atas? Generasi Al-Quran Yang Unik Dalam Ma’alim fith Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) karya Sayyid Qutb, terdapat suatu bab yang berjudul 'Gen...

Generasi Yang Unik

Insya Allah akan di update selepas ini. Buat sementara, baca dahulu Ma’alim fith Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) karya Sayyid Qutb. Ini pautannya: Ma’alim fith Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan)

Pahitnya Sabar

Imej
Gambar Hiasan Tahun 2007, ketika itu bulan Ramadhan menjelma dan kami sedang bersiap sedia untuk ke Sijil Perlajaran Malaysia (SPM). Oleh kerana sedang puasa, waktu makan tengah hari kami dapatlah diisi dengan berehat sebentar. Selepas solat Zohor saya mengambil keputusan untuk membaca quran sebentar dan berehat di surau. Tiba-tiba datang rakan menyapa, “Weh, farid ada mentor mentee kimia la petang ni.” Saya terpinga-pinga. Tak tahu ada perubahan jadual, lalu segera untuk mengambil buku di kelas dan bergegas ke dewan sekolah. Di kelas sekali lagi rakan menyapa, “Dah jumpa Cikgu Azwan tak? Tadi dia round sekolah cari kau.” Hati saya berdebar-debar. Saya bersedia menerima hukuman kalau benar salah sendiri. Tapi tanpa apa-apa pemberitahuan yang sampai kepada saya membuatkan saya agak kurang senang. Tibanya ke dewan saya disuruh berjumpa Cikgu Azwan di depan dewan. “Awak pergi mana tadi? Puas saya cari awak tau,” Cikgu Azwan yang merupakan guru Kimia kelas saya bertanya. Beliau seorang gur...

Islamic Book Fair

Imej
Ahad lepas (14/03/2010) merupakan hari terakhir untuk Islamic Book Fair (IBF), Jakarta. Alhamdulillah berjaya juga untuk ke sana. Sebelum ini, niat di hati memang ngin pergi, tapi memikirkan bajet untuk membeli buku tiada, terpaksalah melupakan sekejap. Kebetulan pada hari tersebut juga terdapat tausyiah Aa Gym di Masjid Istiqlal, jadi singgah sebentar disana. Tiba agak lewat sedikit, Aa Gym dah sampai ke point ke empat rasanya ketika itu yakni ikhlas kepada Allah. Penyampaian Aa Gym lebih kepada Ilmu Tasawwuf, yang disampaikan memang mudah didengar tapi untuk mengamalkan, sangat payah. Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus (pendakwah bebas berasal dari Terengganu) yang menyebut dalam salah satu kuliahnya bahawa Ilmu Tasawwuf ni untuk disampaikan amat mudah, tapi untuk diamalkan sangat payah. Berbanding dengan Ilmu Fiqh yang perbahasannya agak panjang, tetapi untuk mengamalkannya lebih mudah. Seusai solat zohor dan makan, kami (saya, Abang Akmal dan Azrin) bertolak ke Istora Senayan, te...

Dalam Otakku (In My Mind)

Imej
Gambar Hiasan Dalam minda ni selalu bermain dengan pelbagai cadangan dan rancangan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat. Tapi kebanyakannya tak dapat dibuat. Tak apalah. Saya cuba keluarkan apa yang pernah terlintas di fikiran. Program Mahasiswa Peduli: Children Of The World Sewaktu pulang dari berenang di Patra, ternampak sekumpulan kanak-kanak lengkap ber jersey seragam dan kasut sukan sedang berlatih bermain futsal. Terdapat jurulatih yang mengawalnya. Ketika itu, saya terfikir; "Gembiranya diorang lengkap pakaian sukan, dapat main bersama ditempat khas futsal. Kalau anak-anak yatim dapat ni mesti diorang gembira". Dari situ terbit aktiviti-aktiviti yang nak dijalankan. Saya mula juga bertanya pada sahabat-sahabat termasuklah di Malaysia. Terima kasih kerana sudi memberi pertolongan. Gambaran mengenai apa yang ingin saya lakukan adalah anak-anak yatim dari beberapa Panti Asuhan dikumpul untuk program satu hari bersama mereka. Acaranya diadakan di stadium tertutup ...